Rakam abang Rohingya pakai baju ‘Pandu Puteri’ buat netizen berdekah

Tindakan seorang lelaki yang diduga warga asing memakai pakaian unit beruniform yang serupa dengan Pandu Puteri

Dia telah menjadi viral dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen di aplikasi TikTok.

Seorang pengguna TikTok, @ceoofjenggo telah memuat naik satu video yang memaparkan

aksi lelaki tersebut yang dilihat duduk sambil membuat panggilan telefon di tempat awam.

Disebabkan baju uniform yang popular bagi aktiviti kokurikulum di sekolah,

Rakam abang Rohingya pakai baju 'Pandu Puteri' buat netizen berdekah

orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi sehingga mencecah hampir 5,000 komen pada video tersebut.

Rata-rata mengakui terhibur dengan kelakar sekali gus mengatakan lelaki itu mungkin baru pulang dari sekolah atau melepak selepas aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

@ceoofjenggo #viralvideo #fypdongggggggg #masukberanda #fypage #fypシ゚viral #bantufyp #viraltiktok #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #viral #viral_video #fyp #funny #funnyvideos ♬ original sound – CEOofJenggo

Bagaimanapun, segelintir individu berasa kasihan dengan menyifatkan lelaki terbabit mungkin tidak mengetahui bahawa pakaian tersebut adalah unit beruniform kerana disedekahkan oleh orang lain.

Sehingga kini, rakaman berdurasi 15 saat itu telah menerima 1.1 juta tontonan selepas dimuat naik dua hari yang lalu.

BACA: Tak sangka! Rupanya beras ada tarikh luput, buat benda ni je elak membazir