“Mak tatang abg sampai kahwin pun dia sanggup gadai emas, tak cukup itu abg siap suruh jual kereta

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Mak adalah syurga bagi anak dan kerana itu mak sangat disanjungi dan disayangi oleh anak-anak lebih lebih lagi jika anak lelaki.

Namun ada juga mak yang sangat berat sebelah dalam melayani anak-anak hingga membuatkan anak tidak lagi mahu menyantuni mereka dek kerana layanan yang buruk.

Wanita ini menceritakan kisahnya yang sering dilayan buruk oleh ibu serta abangnya walaupun hanya dia seorang yang menyantuni kedua ibu bapa ketika sakit teruk.

Assalamualaikum. Nak dimulakan cerita, aku ni anak bongsu daripada 3 beradik.

Atas aku ada 2 orang abang. Aku namakan abang sulung aku sebagai abang F dan yang kedua sebagai abang Z.

“Mak tatang abg sampai kahwin pun dia sanggup gadai emas, tak cukup itu abg siap suruh jual kereta

Keluarga ku ni keluarga biasa je. Ayah aku dah tak bekerja dan mak aku pesara kerajaan. Hidup tak lah senang tapi tak juga susah. Pendek kata, berkecukupan. Masalah mula timbul bila abang aku yang no 2, abang Z nak kahwin. Korang rasa kalau orang nak kahwin ni apa masalah dia?

Ya, betul. Duit. Abang aku bekerja sebagai tukang masak dekat kafe hipster yang popular. Pendapatan dia lagi banyak dari aku yang bekerja sebagai pembantu pusat jagaan. Tapi setiap bulan, dia akan pinjam duit mak aku dan mak aku pulak, bila duit dia tak mencukupi akan pinjam duit aku.

Abang aku yang sulung, abang F dah berumahtangga dan tinggal di negeri lain. Dia bekerja sebagai eksekutif di syarik4t yang gah. Tapi maaf cakap, dia tak bagi pun mak aku duit bulanan. Dia cuma bagi ayah aku RM100 untuk keperluan lampin pakai buang.

Tahun lepas ayah aku masuk wad, lama jugak hampir sebulan, 2x masuk ICU. Alhamdulillah, dia dah sembuh.. Kembali pada cerita abang Z, sepanjang dia duduk di rumah parent kami dengan aku, sekali pun dia tak pernah bayar bil elektrik, air, wifi dan astro.

Selalunya aku bayar kongsi dengan mak aku. Dan untuk ayah aku aku provide RM50 sebab tu yang aku mampu. Masa pertengahan tahun ni, dia bertunang dengan gadis pilihan dia. Dekat – dekat dengan masa mak aku nak bertolak umrah.

Jadi mak aku pun dulukan duit dia RM2000 untuk buat hantaran tunang. Okla, aku malas nak campur. Sebab duit mak aku, jadi hak dialah. Dilajukan ke hadapan beberapa bulan, dah masuk akhir tahun, diorang ik4t 6 bulan.

Dekat sini masalah mula menjelma, abang Z takde duit, jadi mak aku pun gadaikan barang kemas dia untuk buat duit hantaran, dapat RM5000, hantaran RM10,000, aku pun fikir takpelah, maybe duit dia tak cukup sikit je.

Jangan terk3jut ye, lagi 3 minggu nak majlis, dia cakap dengan mak aku yang duit hantaran tak cukup lagi sebab buat deposit rumah, jadi dia mintak jual kereta myvi mak aku, mak aku pun jual. Jual kereta dapat RM9500 sebab nak cepat dan kereta tu ada problem juga.

Mak aku kata ambil la RM5000, lebih bagi dia untuk urusan majlis, dia kata takde lebih. Ya Allah, geramnya aku. Nak dijadikan cerita lepas dia takde kereta, by the way untuk pengetahuan korang abang Z memang tak ada kereta atau motor.

Dia selalu pinjam kereta aku, korang tau tak, kereta tu aku beli dari abang F aku secara cash, susah payah aku simpan duit sebab sedar diri, gaji ciput memang susah nak buat loan. Tapi dia pakai kereta aku setiap malam, takde pun minta izin aku, bila aku suarakan pada mak aku, jawapan mak aku sangat menghiris hati,

“Ala, bagila dia pakai. Bukan lama lagi. Adik beradik tak tolong sesama sendiri, suaah la” Korang tau tak abang Z pernah suruh aku transfer duit minyak kat dia sebab kereta tinggal satu bar. Masalahnya kereta tu kereta aku!

Aku tak suruh pun dia pinjam, dia pandai – pandai bawak, lepas tu minyak takde, dia boleh suruh aku transfer duit untuk isi minyak supaya dia boleh pergi jalan – jalan. Pendapat korang?? Bukan aku nak mengungkit, sejak ayah aku keluar wad, kebanyakan urusan ubat atau temujanji dia, semua aku yang uruskan, lepastu mak aku tahun nie pun admit wad, sebab ada d4rah tinggi.

Jadi mak dan ayah aku, dua – dua, aku uruskan. Padahal masa tu abang Z masih ada kereta myvi tu. Tapi diorang selesa dengan aku. Aku bersyukur dapat berbakti. Tapi aku kecewa bila aku sentuh je soal abang Z, mak aku mula tarik muka, ada sekali tu, dia cakap dengan aku,

“Sepatutnya siapa yang duduk rumah ni, kena bayar sewa” Mak aku cakap macam tu pada aku sebab aku tanyakan pada mak aku bila abang Z nak bayar hutang aku RM300. Ya Allah, sedih betul hati aku. Ayah aku, dia memang ambil pendirian berkecuali. Tu yang buat aku rasa keseorangan.

Untuk majlis kahwin abang Z, aku tolong sponsor goodies bag tetamu, lepas tu jemputan tetamu asalnya 350 orang tapi ayah aku, maybe sebab dia lama s4kit, jadi dia dah terlanjur jemput ramai kawan – kawan lama. Hampir 100 orang, tu belum masuk jiran, saud4ra mara belah ayah dan mak dan kawan – kawan lain, jadi sudahnya aku pun dulukan duit aku RM1000 tambah lagi 100 pax. Jadi 450 jemputan tetamu.

Untuk makluman korang, belanja katering, dewan, side food (kuih dan teh tarik), semua duit mak aku. Jadi abang Z kahwin free je. Untung dia. Abang F pula, baru tukar tempat kerja jadi, tak dapat bonus. Dia pun tak sumbang apa – apa.

Takpelah, dia ada komitmen pada anak dan isteri. Lagi satu, ayah aku suka makan kedai mamak. Jadi setiap kali keluar, korang rasa siapa yang bayar?? Ya betul, akulah. Aku bukan mintak disanjung cuma nak rasa dihargai je.

Maybe sebab mak aku nie pemikiran konservatif, mungkin dia rasa kalau dia s4kit, anak – anak lelaki dia kan jaga dia, tu yang dia selalu pejam mata pasal diorang walhal mak aku ada firsthand experience kot. Masa arw4h atuk aku tak sihat (belah mak aku) anak – anak lelaki tak jaga pun ayah diaorang, mak aku dan makcik – makcik aku yang banyak jaga.

Arw4h atuk aku tu duduk rumah kami hampir setahun tau. Pindah ke rumah makcik aku pun sebab aku dapat offer masuk uitm, jadi takda siapalah nak teman atuk aku tu kat rumah. Jadi, tolonglah bagi pandangan pada macam mana lagi untuk aku sabarkan hati aku?

Sebab ada masa memang aku tertinggi suara sampai berhari la mak aku marah. Tapi aku akan cuba sedaya upaya minta maaf. Lagi satu, aku nie buat part time sabtu dan ahad dekat fast food restaurants. Jadi dalam seminggu tu aku memang takda rehat. Tapi takpelah, pilihan aku.

Cuma sekarang rasa terkilan pada parent aku sem4kin menebal sampai aku macam malas nak cakap dengan diorang. Tapi aku kesian pulak. Parent aku pulak memang jenis orang konservatif, anak depan mata buat tak tahu, anak yang duduk jauh tu yang dipuja.

Tapi abang Z tu duduk depan mata. Hai. Pening aku. Agaknya memang ujian aku. Jadi tolonglah bagi idea untuk aku boleh kurangkan rasa terkilan ni atau hilangkan terus dari hati. Sekian, terima kasih.. – Cempaka (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Suami kata dia cuma terkejut dan tak sangka aku yang bertudung labuh ni rupanya ada kisah lalu yang teruk”