Nenek usia 75 tahun masih gagah kayuh basikal kemana saja, rupanya ini yang dia amalkan

Memiliki tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit hingga ke hari tua merupakan impian semua orang.

Namun, apabila usia meningkat, penyakit seperti sakit sendi, lutut, dan masalah kronik lain sering menjadi lumrah.

Namun, ada seorang wanita yang membangkitkan kekaguman apabila pada usia 75 tahun, dia masih gagah mengayuh basikal.

Kisah wanita ini dikongsi oleh anak saudaranya sendiri, Haziq Mahmur, yang mengagumi warga emas yang dikenali sebagai Maklong Milah.

“Maklong Milah baru sahaja pulang dari pekan menuju ke rumah. Sihat sekali. Setiap hari dia naik basikal ke sana ke mari, dua kali sehari.

Nenek usia 75 tahun masih gagah kayuh basikal kemana saja, rupanya ini yang dia amalkan

Jaraknya enam kilometer pergi dan balik, naik turun bukit,” ujar Haziq.

Menurut Haziq, Maklong Milah tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, atau masalah jantung,

walaupun berusia 75 tahun. Dia tinggal sebatang kara setelah suaminya meninggal dunia.

Maklong Milah juga dikenali sebagai seorang yang rajin membantu penduduk kampung dan menjalani gaya hidup yang sihat

. Dia mengamalkan rutin harian dengan menunaikan solat lima waktu di masjid setempat.

“Orang kampung sangat kenal dia. Dia baik hati, pandai masak, dan selalu menyediakan kuih untuk saya. Dia juga rajin membersihkan masjid dan membantu dalam urusan wanita,” tambah Haziq.

Haziq berkongsi bahawa Maklong Milah adalah salah seorang penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan penduduk kampung sering membantu dia dengan keperluan harian. Ini menunjukkan komuniti yang hebat dalam saling menjaga.

Haziq menutup ceritanya dengan menyatakan bahawa kehidupan di kampung adalah bebas dari tekanan, dengan jalan yang tidak sesak dan makanan yang murah.

Mereka hidup secara sederhana, tanpa berhutang, dan tanpa tekanan riba. Yang penting, mereka hidup dengan mencukupi dan memiliki jiwa yang lapang.

BACA: “Suami buat pengakuan ada skandal, bila aku tanya janda tu, jawapan dia menyakitkan hati, kenapa dia pilih suami aku?!”