“Suami buat pengakuan ada skandal, bila aku tanya janda tu, jawapan dia menyakitkan hati, kenapa dia pilih suami aku?!”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Terima kasih siarkan luah aku ni. Aku follower setia group ni, kadang – kadang ada je aku komen dan kadang – kadang aku skroll je laju – laju.

Tolong hide profile aku ni ye min, Aku selalu baca luahan isteri yang dikhi4nati oleh sang suami.

Aku amat memahami Iuka di hati mereka sebab aku pun pernah lalui perkara yang sama

Aku merupakan seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata. Usia perkahwinan kami sudah menjengah ke tahun 20 dah tahun ni.

Dia adalah pilihan hati aku. Kami bercinta tidak lama dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Suami buat pengakuan ada skandal, bila aku tanya janda tu, jawapan dia menyakitkan hati, kenapa dia pilih suami aku?!"

Dari awal, aku banyak habiskan gaji untuk bantu suami. Bila kami beli rumah, aku buat pinjaman untuk renovation cantikkan rumah.

Bila rasa nak naikkan pagar batu, aku buat pinjaman lagi supaya impian kami tercapai. Bila nak upgrade kereta, aku buat overlap untuk bayar downpayment. Dan paling ketara, bila aku ada duit 30k untuk langsaikan hutang belajar.

Dia nak motor besar dan sekali lagi b0dohnya aku, serahkan duit tu untuk dia tunaikan impian. Dia janji akan selesaikan hutang pinjaman belajar tu secara bulanan. Tapi janji tinggal janji. Sepuluh tahun berlalu, aku penjawat awam ni tiada gaji.

P0tongan 80%. Berapa sen yang tinggal untuk aku setiap bulan. Lupa aku nak cerita, kelengkapan raya setiap tahun aku yang sediakan untuk seisi rumah sebab dia tidak pernah ada rasa nak membeli. Ceritanya 2 tahun lepas ketika si bongsu aku baru berumur 2 tahun suami buat pengakuan ikhlas kalau dia ada skandal.

Dia nak kahwin dengan seorang janda. Malam tu aku terkedu. Aku bangun, berwuduk dan terus aku sujud pada Dia. Aku mencari kekuatan untuk menyoal siasat dia. Malam tu berlalu dengan aku menangis di sejadah sampai subuh.

Sewaktu nak keluar untuk pergi kerja, aku tak tengok muka dia, aku tak salam tangan dia. Bila dia hulur tangan, aku cakap aku jijik nak sentuh. Waktu rehat tengahari, aku terus ke pejabat agama. Aku send location pada dia.

Aku bagi tahu dia, aku tidak akan sesekali berkongsi. Dia mintak aku bertenang. Dia janji dia akan putvskan hubungan dengan Janda s tu hari itu juga. Aku mintak nombor telefon janda tu. Aku call , aku tanya dari hati ke hati.

Jawapan janda tu buat aku s4kit hati. Dia kata, dia dah ajak laki aku kahwin di Siam tapi laki aku kononnya nak mintak izin aku dulu. Silap besar. Dia ingat aku ni b0doh sangat ke. Petang tu aku sampai rumah laki aku dah tunggu.

Dia half day. Aku jejak kaki dalam rumah, dia suruh anak – anak naik atas. Dia terus sujud kat kaki aku. Dia menangis, merayu – rayu. Dia berjanji bulan dan bintang pada aku. Aku diam. Malam tu sekali lagi aku sujud lama.

Bercakap dengan Dia. Aku buat keputvsan untuk beri dia peluang ke dua demi anak – anak aku yang nak SPM , PT3 dan UPSR tahun tu. Aku tak nak anak – anak aku terganggu. Sekarang 5 tahun dah berlalu, aku maafkan dia namun aku tidak pernah lupa betapa hati aku ni dicarik – carik.

Sakit hati dikhi4nati ni tak sama dengan s4kit hati kerana perkara lain. Ngilu nya hanya yang lalui je tahu. Dan aku bukan lagi isteri yang dulu. Aku tidak lagi menggunakan satu sen pun duit aku untuk urusan rumahtangga.

Aku letakkan semua tanggungjawab dibahu dia. Malah nak beli pad untuk anak d4ra pun dia belikan. Aku? Sedang menyelesaikan hutang – hutang yang ada. Aku selalu bisikkan di telinga dia, aku tidak teragak – agak untuk hilang dari pandangan dia.

Adakah aku percaya pada dia sekarang? Entahlah. Yang pasti tidak akan peluang kedua andai ianya berulang lagi. Dan dia tahu hati aku masih bersisa Iukanya. Kalau dulu aku hanya diam bila berg4duh, bukan lagi sekarang.

Pantang ada yang tak kena, ko dengarlah suara lantang aku ni. Dia cakap aku dah berubah. Aku suruh dia pecahkan gelas dan cantum semula, aku suruh dia renung, adakah bentuknya masih sama. Dia akui tidak akan sesekali sama dan begitulah hati aku.

Buat isteri di luar sana, kita boleh memilih jalan bahagia yang kita mahu. Kita boleh melakar keluarga yang kita mahu. Jangan jadi terlalu b0doh dan lemah macam aku..

Komen Warganet :

Nur Syaqielah : Tak salah tolong suami tapi jangan melebih – lebih. Perempuan kalau ada duit tolonglah simpan senyap – senyap. Jangan sebab sayang semua nak “serah” suami bukan hak milik kita. Kalau tidak di ambil orang ya Akan diambil tuhan.

So kena jd bijak. Baguslah kalau dah sedar. Pasni jangan tertipu lagi sebab jarang jumpa lelaki yang reti menghargai. Ada duit simpan dan puaskan diri sendiri. Kalau laki pinjam pastikan dia bayar, kalau hutang pertama pun tak bayar jangan bagi peluang untuk dia hutang untuk kali ke 2.

Ingat ni sampai m4ti, jangan beri peluang pada manusia untuk kedua kali, kalau kau dah biasa beri peluang, bermakna kau dah siapkan seribu peluang untuk dis4kiti.

Mornaliza Yahya : Alhamdulillah dah tersedar walaupun sedikit terlambat. Diusia 20 tahun perkahwinan awak rasanya umur pun bukan muda lagi. Cari lah kebahagiaan hati diri sendiri. Bukan bermaksud bercerai tetapi bahagia hati.

Jangan dis4kiti hati diri dengan menyimpan d3ndam pada suami.. Hidup diteruskan dengan kebahagiaan diri dan anak – anak. Apa yang awak dapat dengan membentak meIawan suami lagi s4kit hati kan. Tak reda pun s4kit hati tu masih terkenang lagi kan. So pilihan di tangan untuk bahagia.

Nor Aziezah : RugiIah suami kalau bercerai. Mana dia nak dapat duit. Sis kan atm machine dia. Hidup dia pon sis tanggung. Kalau spesis biawak hidup memang macam ni. Dah selesa semua spoon feed hingga lupa peng0rbanan isteri dan cari yang lain. Akhirnya dia bijak untuk tidak bercerai sebab dia sayang atm machine dia.

Hasmah Hashim : Sayang suami jangan bantu dia supaya dia tak punyai duit banyak tidak boleh panjang langkah. Juga untuk mendidik sifat tanggungjawab dalam diri suami.

Duit sendiri simpan untuk masa depan yang belum tentu atau masa hari tua kita berdua. Rumah tu kalau ada nama kita sendiri bolehla bantu. Kalau takde nama kita tak payah baik sangat nak buat loan bagai untuk reno atau lain – lain.

BAca: ‘Patutlah meniaga kencang puak ni!’ Temberang pembeli besi buruk Rohingya terbongkar