lelaki anak yatim piatu kecewa bakal isteri batal nikah tujuh hari sebelum majlis

Seorang lelaki berstatus anak yatim piatu terpaksa menanggung dugaan cukup berat apabila hasratnya mendirikan rumah tangga dengan bakal isteri tercinta terkubur begitu sahaja.

Lebih menyedihkan, segala perancangan yang dibuat menjadi sia-sia apabila pihak perempuan membatalkan acara itu di saat-saat akhir.

Kisah yang dikongsikan oleh lelaki bernama Faris di TikTok cukup mengundang sebak dan telah meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik beberapa hari lalu.

lelaki anak yatim piatu kecewa bakal isteri batal nikah tujuh hari sebelum majlis

Daripada beberapa gambar yang dipaparkan bersama, terlihat betapa dirinya cukup serius untuk menghalalkan wanita tersebut bermula dengan pengambilan sijil kursus kahwin serta bermacam-macam pembelian barangan untuk majlis nanti.

Kad jemputan sudah pun diedarkan kepada semua tetamu, bahkan ramai kenalan terdekat yang tumpang gembira turut menaja beberapa barang kelengkapan hantaran untuk meraikan bakal mempelai ini.

Namun siapa menduga, Faris akan dikecewakan sebegitu rupa berbaki 7 hari sebelum majlis berlangsung.

Berikut adalah antara barangan lain yang telah ditempah awal oleh Faris :

Di penghujung luahan, Faris seakan-akan memberikan gambaran bahawa mahligai impiannya bersama bakal isteri telah runtuh akibat kewujudan lelaki lain.

Dia kemudiannya membuat pengumuman terbuka tentang pembatalan majlis tersebut dan meminta maaf kepada semua pihak.

BACA: Setelah sebulan hilangkan diri tiba-tiba suami call katanya nak bincang, saya dan suami terpaksa bercinta dalam diam, takut perempuan simpanan suami tahu”