Watie kongsi momen Shuib mimpi arwah Siti Sarah, tak ada rasa cemburu dalam hati

Tak dapat dinafikan, rindu orang yang sudah ‘tiada’ ni memang tiada ubat melainkan hanya mampu berdoa kepada mereka.

Baru-baru ini, Watie mendedahkan suaminya, Shuib beberapa kali pernah bermimpi tentang arwah Siti Sarah Raissuddin.

Walaupun arwah sudah meninggal dunia tiga tahun lepas, sosok penyanyi itu selalu menjadi topik bualan Shuib bersama Watie.

Watie kongsi momen Shuib mimpi arwah Siti Sarah, tak ada rasa cemburu dalam hati

Kata Watie dalam satu sesi live di TikTok, Shuib pernah bermimpi arwah Siti Sarah sehingga dia terjaga dari tidur dan menangis kerana terlalu rindukan arwah. Tetapi, dalam mimpi tersebut Shuib tidak dapat melihat arwah isterinya itu.

Watie tengah tidur, tiba-tiba nampak dia bangun. Dia cakap ‘I mimpi Sarah’. Lepas tu kita macam.. ‘Oh mimpi.. mimpi’. Kita mengantuk, aku boleh sambung tidur. Rupanya bila buka balik mata, bukan dia sambung tidur, dia sambung nangis.

Baca Artikel Penuh