Tak cukup sehari 5 jam, pengetua cadang sesi persekolahan 12 jam sehari

Seorang pengetua mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan sesi persekolahan selama 12 jam,

Dari pukul 7 pagi hingga 7 malam bagi membantu pelajar menangani ketagihan telefon pintar.

Guru besar All Saints Catholic College di London Barat, Andrew O’Neill,

Menyatakan bahawa murid-muridnya akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti bola keranjang, seni, drama, dan masakan.

Baginya, rancangan tersebut lebih bermanfaat berbanding dengan pelajar berada di rumah menggunakan telefon pintar.

Tak cukup sehari 5 jam, pengetua cadang sesi persekolahan 12 jam sehari

“Saya sedar akan kesan telefon pintar terhadap murid-murid kerana mereka semakin kurang bergaul dan bermain dengan kanak-kanak lain,” katanya.

Rancangan tersebut direka selepas pengetua tersebut menyaksikan Sekolah John Wallis di Kent mencapai peningkatan yang baik dalam tingkah laku pelajar sejak memperkenalkan peraturan khas untuk menyekat penggunaan peranti.

Sekolah tersebut melaporkan penurunan 40 peratus dalam denda tingkah laku pelajar dan penurunan 25 peratus dalam isu ponteng sekolah sejak rancangan tersebut diperkenalkan pada Januari lalu.