Dah 15 tahun menantu bawa anak isteri beraya rumah mak sendiri, mentua nekad bermalam rumah besan samai ini yang terjadi

Pasangan suami isteri perlu ada sikap toleransi untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Namun, sikap bertimbang rasa tidak wujud dalam rumah tangga wanita ini yang mendedahkan suaminya tidak pernah menyambut Aidilfitri pada hari raya pertama di rumah keluarganya.

Membuat luahan di grup Ragam Rumah Tangga di Facebook, katanya, dia bukan sahaja sudah lama tidak merasai suasana pagi raya di kampung sendiri malah terpaksa pula menyediakan juadah di rumah keluarga mentua.

Dah 11 tahun menantu bawa anak isteri beraya rumah mak sendiri, mentua nekad bermalam rumah besan samai ini yang terjadi

“Sudah kahwin selama 11 tahun bermaksud sudah 11 kali beraya (dengan suami). Dalam tempoh 11 kali raya, tak pernah raya pertama balik rumah ibu saya.

“Sama ada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri. Setiap kali raya, mesti suami balik rumah mak dia. Empat hari duduk kampung memasak, sampai petang raya keempat baru balik rumah kami.

“Kadang tu sudah seminggu atau dua minggu beraya, barulah dapat balik rumah ibu,” katanya.

Wanita ini berkata, ibu bapa dan ahli keluarganya sebelum ini pernah meminta dia sefamili pulang beraya di kampung tetapi sebagai seorang isteri dia perlu taat kepada cakap suami.

“Kita sebagai isteri memang tahu la, kena taat pada suami. Tapi… kita rindu juga nak beraya dengan ibu sendiri. Ibu pun rindu nak beraya dengan kita.

“Tahun ni cuba pujuk suami, nak beraya rumah ibu. Tapi suami tak nak. Dia nak balik rumah mak dia.

“Saya pun beritahu famili yang saya tak dapat juga nak balik rumah ibu. Saya balik kampung suami,” katanya lagi.

Faham situasi dialami, ibu wanita ini mendapat satu idea dan rancangan untuk mereka sekeluarga dapat beraya bersama di pagi Syawal pada tahun ini.

Berdasarkan perkongsian pengadu, ibunya akan berkunjung ke rumah besannya pada hari raya pertama tanpa pengetahuan menantu lelakinya itu.

“Jadi ibu ayah saya serta adik beradik lagi tiga orang mereka berpakat nak datang rumah mentua saya untuk tidur dan beraya dekat sana sampai raya ketiga.

“Ibu saya cakap, kalau mereka tak bagi kamu balik sini tak apa. Biar kami je pergi ke sana ramai-ramai dan tidur sana. Saya pun gembira. Janji dapat beraya dengan ibu dan famili.

“Ibu pesan jangan bagitahu suami dan mentua lagi yang ibu, ayah dan adik beradik nak tidur sana. Nak buat kejutan,” jelasnya lagi.

Hantaran tersebut nyata meraih pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan yang tidak terbela disebabkan sikap suaminya yang tidak bertimbang rasa.

Malah, warga maya juga memuji tindakan keluarga wanita itu yang bersungguh-sungguh mencari jalan mahu beraya dengan anaknya.

“Bagus idea tu biar ramai lagi meriah kan. Tak kan nak halau tetamu. Tak baik tuan rumah.

“Bagus cadangan ibu awak. Saya ada tujuh menantu semua tinggal dekat-dekat sini tapi bila raya mereka balik rumah mentua sebab selalu mereka ada dekat sini.

“Jadi masa raya ni la mereka nak balik jumpa ibu bapa. Kasihan dekat menantu mereka pun ingat mak bapa juga,” komen beberapa netizen.

BACA: Kulit telur yang selama ini dianggap ‘sampah’ boleh guna untuk ini rupanya