“Abang lepas cerai menyusahkan hidup orang, anak dia autism tapi suruh aku yang jaga, bila budak tu mengamuk aku kunci dia dalam bilik”

Assalamualaikum. Terima kasih jika tulisan ini disiarkan. Aku rasa di sini sahaja lah tempat meluah tanpa ada rasa serba salah

selain menadah tangan berdoa sebab di sini tiada yang mengenali aku.

Menggunakan ‘aku’ sebagai kata ganti nama diri kerana tulisan ini berbentuk luahan yang terbuku di hati, maaf jika ada yang merasa tak sopan.

Aku selalu dikenali sebagai Zhi, isteri yang berusia 30an, bongsu dan bekerja sendiri. Masih tinggal bersama orang tua.

Baru 5 tahun berumah tangga, belum ada rezeki anak. Suami aku sihat dan aku juga sihat

"Abang lepas cerai menyusahkan hidup orang, anak dia autism tapi suruh aku yang jaga, bila budak tu mengamuk aku kunci dia dalam bilik"

. Hubungan aku dan suami amat baik dan masih macam awal – awal kahwin. Hubungan dengan keluarga mertua dan orang – orang sekeliling juga baik. Alhamdulillah..

Bagi aku, hidup aku sederhana dan aku rasa cukup dengan pinjaman dari Nya. Cuma kita kan masih di dunia, pasti lah akan diuji. Aku datang dari keluarga yang cukup – cukup makan, termasuk juga suami. Kami memang sekufu.

Kalau diikutkan, nafkah yang suami beri memang sudah cukup tanpa perlu aku kerja. Tapi atas izin suami aku terus mencari rezeki dengan syarat tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri.

Jadi aku pun terus bekerja untuk menyara orang tua aku. Ya aku bongsu, tapi aku sudah terbiasa menjadi yang sulung sejak di bangku sekolah lagi.

Kakak – kakak aku sudah berkahwin dan merantau ikut suami jauh pulak tu, walaupun aku penat mencari rezeki agar mereka menyambung pelajaran suatu ketika dahulu, namun aku hormat keputusan mereka untuk menjadi suri rumah sekarang. Sekali sekala sahaja mereka pulang.

Menafkahi orang tua memang tiada dalam kamus kehidupan mereka, bagi aku sejak di bangku sekolah lagi mereka sudah tinggal di asrama jadi, susah payah orang tua aku mereka tidak menyaksikannya. Mana yang sulung? Tentulah abang aku.

Jujurnya sekarang dia biawak. Dahulunya menjadi kebanggaan kampung kerana berjaya menyambung pelajaran tinggi – tinggi namun sekarang tanam jagung, hutang keliling pinggang. Sejak pkp dia tanam jagung, bercerai dan hak jagaan anak dia perolehi, entahlah bagaimana aku tak ambil tahu sangat, yang sedihnya anaknya mild autism.

Sejak bercerai dua beranak tu memang tinggal di sini (rumah parents). Abang aku memang tak pandai menguruskan anaknya, masa kecil memang ibu aku yang banyak uruskan, namun seiring berjalan waktu, kekuatan ibu sudah tidak semegah dahulu, atas belas kasihan dan izin suami, aku yang uruskannya.

Saban hari m4kin menguji dengan telatah autism nya. Abang aku tahu makan tidur sahaja, duit pun minta dari orang tua. Di fb bangga betul dia jadi trader f*rex berjaya kononnya ramai follower lagi. Aku benci dia. Aku berkerja sendiri. Setiap pagi, jual nasi lemak.

Kadang – kadang aku juga terima tempahan juadah untuk majlis – majlis. Habis niaga, aku memintal aiskrim Malaysia dan buat dessert yang simple untuk dijual di vendor – vendor dan kedai – kedai runcit, sambil menyiapkannya sambil aku mengasuh anak saud4ra aku yang autism tu.

Dan aku juga peniaga online, jualan di sh0pee, lepas zohor baru aku uruskan perniagaan online aku. Petang – petang sikit, aku dah perlu siapkan diri aku untuk berkhidmat untuk suami. Masak sedap – sedap, mengemas, bersiap cantik – cantik untuk sambut suami pulang kerja.

Dan rutin malam ialah ikut suami ke masjid tapi selalunya aku culas sebab kelelahan seharian. Dalam pada itu, aku tetap akan curi – curi menguruskan anak syurga itu. Alhamdulillah pendapatan aku, cukup untuk menampung keperluan rumah, kalau tak cukup selalunya suami yang akan bantu.

Aku penat sebab semuanya aku yang perlu tanggung. Bagi aku suami hanya cukup menafkahi aku sahaja, dia tidak perlu menafkahi keluarga aku, dia juga perlu menafkahi orang tuanya yang sudah uzur serta adik – adiknya yang masih bersekolah. Aku tidak sanggup menambah bebannya.

Simpanan orang tua aku, dihabiskan orang kakak – kakak dan abang aku. Sekarang semuanya letak atas bahu aku. Dulu aku konsisten uruskan belanja rumah dan hulur duit poket untuk orang tua aku.

Tapi disebabkan abang aku suka meminta dari mereka, aku berhenti menghulur, sudah la isap r0kok, hutang ptptn tertunggak entah apa lagi baIa dia.

Bertambah semak otak, abah aku cari g4duh dengan suami aku disebabkan si biawak tu. Bertambah sesak, t4ntrum si anak syurga tu m4kin menjadi – jadi sampai menyukarkan urusan untuk aku cari rezeki.

Aku ni cari rezeki, untuk tampung keluarga aku, takpa biar aku tiada baju baru, biar aku bersederhana begini yang penting keluarga aku cukup dan sihat.

Kenapa tak keluar dari rumah tu? Kalau aku keluar, kesian kat ibu. Sekarang, aku bertahan kerana ibu sahaja. Dialah tempat aku curahkan segalanya, bagi aku dia lah tempat kedua setelah suami.

Aku sabar selama ini kerana dari kecil dia sangat sempurna melayani kerenah aku, mendidik dan mengasuh aku. Dialah segalanya untuk aku.

Tentang anak. Dengan keadaan aku ini, aku belum mampu. Mental dan fizikal aku memang belum bersedia, belum cerita hal kewangan. Ni mesti akan ada yang sebut anak itu pembawa rezeki. Bagi aku, anak itu amanah, aku takmau dia perlu bersusah payah macam aku.

Aku tak mahu ini semua berulang, aku mahu sediakan kehidupan yang baik untuk mereka. Ada masa, suami akan tolong aku uruskan anak syurga itu. Aku tahu, mesti suami aku rasa, takut kalau aku juga melahirkan anak yang begini juga. Dari raut wajahnya jelas sekali.

Dia berhenti berbicara soal zuriat setelah dia sendiri menyaksikan aku perlu menghadapi tantrum si anak syurga itu. Jelas sekali dia tak sanggup aku bertambah susah. Sekarang ni, tak pasal – pasal aku kena banyak membaca tentang autism supaya dapat mengawal anak syurga tu.

Sekarang aku sudah tidak lagi mampu menghadapi bila tantrumnya singgah, aku akan kunci dia di bilik abang aku. Biar bapaknya yang hadap anaknya. Puas hati aku.

Walaupun abang aku geram dengan situasi ini, yelahh aku manggakan terus biliknya dari luar, dah surut tantrum budak tu, baru aku buka. Abang dan abah marah betul dengan tindakan aku ni.

Tapi aku ugvt untuk halau abang dan viral kan kehidupan dia yang sebenar. Mereka terp4ksa akur dengan aku. Kalau tak, aku yang akan keluar dari rumah tu dan bawak ibu sekali. Abah takut kehilangan ibu, abang pulak tiada tempat lagi untuk berteduh.

Hanya 2 lelaki ini sahaja yang tidak berguna dalam hidup aku, tapi aku tidaklah judge semua lelaki sama sebab aku dapat suami yang baik dan hensem, mujur aku pun cantik hakkk tiberrr. Aku belum cerita lagi tentang abah aku, bagi aku selaku anak bongsu dia gagal sebagai seorang bapa.

Dari aku kecik sampai sekarang, sentiasa menyusahkan dan amat t0xic. Sekarang per4ngai dia ditambah dengan usia senjanya, amatlah sukar untuk dihadapi. Bagi dia akulah anak yang paling jahat dan tak menjadi. Aku tak kesah semua tu.

Ehh dah la masa akad nikah, passing ke kadi sebab dia tak nak nikahkan aku, lepas tu bolot duit salam cekak semua ke dia, dah lah majlis aku satu sen pun tak bawak keluar.

Aku ungkit soal ni sebab itu saat – saat akhir dia menjalankan tugas seorang bapa ke atas anak perempuannya yang terakhir, sepatutnya dia patut indahkan detik – detik akhir itu.

Alhamdulillah lega sangat dapat meluahkan di sini. Aku takut nak meluah sebab takut aku hilang rasa bersyukur, aku takut aku suka mengungkit – ngungkit.

Selama ini aku terp4ksa positif dan kadang – kadang pura – pura positif, bila meluah ni memang seolah – olah aku membuka aib keluarga aku, sebab itu aku memilih di sini untuk meluah tanpa rasa bersalah.

Aku tidak memerIukan solusi, aku hanya perIukan kata – kata semangat untuk teruskan kehidupan. Begini rupanya realiti alam dewasa, kalau aku tahu begini, aku nak selamanya aku sekolah rendah dan tadika, nak tinggal dengan arw4h opah dan uwan kerana mereka begitu mengasihi aku.

Untung ibu, opah dan uwan kerana bekalkan ilmu agama yang cukup untuk aku. Kerana jika tiada iman, sudah lama hidup ini aku tamatkan. Terima kasih sudi membaca sampai habis. Kalau rasa kenal saya, buat – buat tak kenal sudahlah. – Zhi (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Ramadeyah Debon : Nampaknya ket0ksidkan apak tt menurun, m4ngsa ialah tt dengan emak tt. Apapun tt, semoga tt Allah swt permudahkan rezeki asbab kebaikan tt. Saya banyak tengok, ibu bapa banyak lepas tangan bila ada anak 0ku ni.

Ada yang terus apply keje jauh – jauh tinggalkan pasangan jaga sorang – sorang. MaIangnya yang disusahkan ialah mak pak orang yang ‘menjaga’.

Malah kalau mak pak tak mampu ipar ipar pun dilibatkan dalam masalah mereka ni. Diorang enjoy dan hidup macam orang bujang. By the way tt, i feel you. Semoga Allah swt lindungi tt dan famili. Bab bapak tt tuh. Buat b0do je macam emak tt buat.

Mess Adresia : Serius awak cakap je macam itu ini tapi awak ade hati yang baik. Orang boleh la cakap macam – macam. Yang tau je boleh faham nk jaga anak syurga ni macam mana.

Ttp la awak sabar lagi – lagi nak jaga ibu jugak. Semoga Allah mudahkan urusan awak.. Semoga awak dan suami dapat ganjaran syurga.

BACA: “Suami buat pengakuan ada skandal, bila aku tanya janda tu, jawapan dia menyakitkan hati, kenapa dia pilih suami aku?!”