Ustaz ni kata suami dayus tak mampu bayar hospital swasta isteri bersalin, “tahu nak sedap je”

Ustaz ni kata suami dayus tak mampu bayar hospital swasta isteri bersalin, “tahu nak sedap je”. KENYATAAN kontroversi pendakwah bebas, Siti Afifah Shahbudin mengenai aurat wanita yang bersalin menggunakan khidmat doktor lelaki terus hangat menjadi perdebatan netizen.

Suami kepada pendakwah berkenaan iaitu Ustaz Zaidi Tohirin turut senada dengan isterinya apabila tampil menyelar golongan suami yang membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka.

“Sampai seteruk itu kamu letakkan maruah isteri kamu. Bidadari kamu di dunia ini kamu buat macam tu. Pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon, dia kata bini dia nak bersalin, doktor minta duit RM10,000 dekat ustazah.

Baca Artikel Penuh