Anak Zarina Zainuddin kini jadi hero filem walaupun Autisme

Anak Zarina Zainuddin kini jadi hero filem walaupun Autisme

Anak Zarina Zainuddin kini jadi hero filem walaupun Autisme. Masalah autism sedikit pun tidak menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita menjadi pelakon. Anak istimewa kepada pelakon, Zarina Zainudin iaitu Azal akan debut telefilem pertamanya berjudul Kasih Dari Syurga bersiaran di TV2.

Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai diberi kepercayaan melakonkan watak utama di dalam telefilem yang telah ditayangkan pada 7 November jam 9 malam.

Menerusi laporan, Zarina berkata, Azal pernah berlakon sebelum ini tetapi hanya sebagai pelakon tambahan untuk watak yang sangat kecil sahaja. Dia melahirkan rasa gembira dengan peranan telefilem anaknya sebagai watak hero.

Anak Zarina Zainuddin kini jadi hero filem walaupun Autisme

Ibunya, Zarina tidak akan menolak tawaran untuk Azal berlakon kerana minat Azal sama seperti ibunya. Walaupun autisme, Zarina mahu anak istimewanya berdikari dan diberi peluang seperti anak yang lain juga.

Menerusi kapsyen Instagram milik Zarina, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan pengarah telefilem, Riza Baharudin dan Jasmin Hamid selaku penerbit yang memberi peluang kepada anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai respon daripada orang ramai turut rasa teruja menontonya, malah dari negara jiran, Indonesia.

Dalam pada itu, rata-rata warganet dan rakan-rakan artis juga menumpang rasa bangga dengan pencapaian seorang anak autism itu.

Zarina turut berlakon di dalam telefilem itu bersama barisan pelakon yang lain seperti Haeriyanto Hassan, Raja Azmi, Jasmin Hamid dan Meor Mohd.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

BACA:

Iphone kini boleh dilipat, lihat cara youtuber ini buat

Biodata Chombi anak Harry Khalifah terbongkar

Anak ahli akademik terkenal, Hawa Rizwana lega bapa izin jadi hos Meletop

CATEGORIES