“Penat hidup dengan suami narcissist, tiap hari sekolahkan aku cakap aku bukan isteri terbaik sampai dia tidur dengan perempuan lain pun salah aku”

Suami yang toxic ini kisah yang kita kerap dengar di media sosial.Manusia seperti ini sifatnya sangat toxic

Hingga menjejaskan orang sekeliling kerana mereka merasakan terpaling betul dan orang lain semuanya salah.

Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang terseksa akibat berkahwin dengan lelaki seperti ini hingga berfikiran mahu menamatkan riwayatnya sendiri.

Hello, aku De Lemon. Aku dah kahwin 15 tahun, ada 4 orang anak. Aku berkahwin dengan seorang yang narcissistic.

Ya, suami aku seorang narcissist. Kepada sesiapa yang tak tahu apa maksud perkataan ini, seorang narcissist

“Penat hidup dengan suami narcissist, tiap hari sekolahkan aku cakap aku bukan isteri terbaik sampai dia tidur dengan perempuan lain pun salah aku”

Dia ialah seorang yang sentiasa rasa dia bagus. Dia akan buat semua keputusan untuk kau sebab dia rasa kau tak secerdik dia.

Jika ada kesilapan dalam keputusan dia, dia akan tetap salahkan kau. Dia akan kata sebab kau lah keputusan yang dia pilih tu tak menjadi. Seorang narcissist ni juga akan pandang rendah kat kau. Aku ni grad overseas, tapi, dia selalu buat aku rasa macam aku ni belajar setakat

Dia juga sangat – sangat menjaga maruah dia depan orang ramai. Aku pernah left group whatsapp family sebab g4duh dengan dia, dia m4ki hamun aku. Dia kata aku malukan dia sebab depan adik beradik dia sebab dia suka tunjuk macam dia lah ketua rumah tangga terbaik di dunia.

Kalau jumpa orang, seorang narcissist ni akan up diri dia kaw kaw. Bayangkan, aku tahu dia solat tak cukup, tapi bila berkumpul kawan – kawan, dia akan beri tazkirah seperti ustaz. Cakap pasal doa, pasal tahajud.. Hmm…

Suami aku ni juga cukup pantang kalau aku cakap apa – apa tak kena mood dia. Selalu aku kena tanya dulu, boleh ke nak minta sesuatu? Boleh ke kalau saya nak cakap? Sampai aku nak cakap aku kena minta izin, kalau tak dia akan meng4muk.

Perkataan bodoh, b4bi, b4ngang semua jadi makanan aku hari – hari. Anak – anak aku selalu terp4ksa tadah telinga tengok aku kena m4ki hamun oleh ayah mereka. Dulu aku boleh sabar, sekarang aku rasa tension. Sebab suami ni sepatutnya jadi tempat kita bercerita, tempat kita mengada – ngada. Tapi, aku tak boleh.

Aku ada juga rasa terdetik macam suami aku ni tak suka dekat aku. Sebab hari hari aku rasa, dia akan marah. Hari – hari ada je benda tak kena. Aku rasa fed up. Buatlah sebaik macam mana pun, ada je benda yang dia tak suka.

Yang paling kemuncaknya ialah, sekarang ni, bila dia cakap dengan kawan – kawan dia, dia akan sentuh pasal aku. Dia akan cakap, aku ni ujian dari Allah untuk dia. Jadi, dia kena terima dan sabar dapat isteri macam ni. Dia describe aku macam aku ni teruk sangat.

Aku ni dulu kerja company besar, tapi aku terp4ksa berjauhan dengan dia sebab company aku kat negeri lain. Jadi aku berhenti dari company tu dan sekarang aku tolong dia kat company kecil dia. Bodoh betul lah aku ni.

Aku ni tak pandai masak, tapi aku sangat pandai mengemas. Rumah aku memang sangat bersih walaupun aku sibuk. Ya aku memang suka bebel, tapi aku rasa semua perempuan ada per4ngai bebel tu kan. Aku bebel bukan lah tahap teruk pun.

Dah korang imagine, camna aku nak bebel, aku nak cakap ngan dia pun, kena minta izin? Sekarang ni, aku sangat-sangat rasa dia macam tak suka kat aku. Aku banyak kali minta cerai ya. Tapi dia tak nak. Dia kata sebab sayang. Tapi hari – hari aku rasa, dia tengok aku dengan pandangan benci je.

Dan ya, 2-3 kali lah kantoi perempuan kan? Dan as a narcissist, dia salahkan aku juga. Dia kata aku lah sebab dia main perempuan. Dulu sebab jauh, sekarang aku dekat, dia kata aku tak layan dia elok – elok. Ya semuaa salah aku.

Ada satu hari tu, aku terp4ksa ke negeri lain, sebab aku ada course. Dia sibuk nak drive kan aku ke sana, kononnya risaukan aku. Lepas tu, sepanjang jalan, dia asyik cakap, penatlah, habis banyak duit lah, terp4ksa susah – susah bawa anak.

Berapa kali aku cakap, aku kata, aku pergi seorang pun tak apa. Dia kata aku tak hargai usaha dia teman aku. Aku kata, kalau betul-betul ikhlas nak teman, dah kenapa nak sebut sebut penat dan sebagainya?? Itulah per4ngai seorang narcissist.

Dia nak tunjuk pada orang dia suami yang care, tapi belakang, isteri ni lah yang jadi m4ngsa complain. Aku jadi De Lemon sebab aku dalam dilemma. Aku nak je ke pejabat agama. Tapi aku kesian tengok anak – anak aku. Aku pernah betul-betul dah bawa baju keluar, anak sulung aku pegang kaki aku dan nangis.

Tapi tahukah kau wahai anak, mama dah tak larat menahan perasaan nak sekatil dengan orang yang langsung tak hormat mama? Yang selalu pandang rendah pada mama? Jika mama berjaya dalam apa – apa pun, papa tetap akan kata mama berjaya sebab dia?

Skrip nya hari – hari ialah di ner4ka tu perempuanlah yang ramai. Sedangkan dia solat pun tak cukup, nak masukkan aku ke ner4ka pula. Sekarang, aku berfikir, untuk aku bebas dari kehidupan ini ialah dengan m4ti. Mungkin pembaca akan berfikir, takkanlah sampai aku nak m4ti?

Ya pembaca sekalian, aku pernah berkali – kali rasa macam tu. Cubalah anda duduk dengan seorang yang narcissist, aku beri 3 bulan saja. Kau akan tak tahan. Aku berfikir, kalau aku m4ti, siapa pula nak didik anak – anak aku solat mengaji? Allahu.. kesian anak – anak mama.

Aku terdetik, alangkah baiknya kalau suami aku ni yang m4ti cepat, jadi aku bebas. Bolehlah aku didik anak aku sebaiknya tanpa tekanan perasaan. Tak perlulah aku terkongkong macam ni. Tak perlulah aku rasa takut dengan hari – hari mendatang..

Sekarang aku cukup takut dengan mood dia. Sebab silap sikit, aku akan dim4ki hamun. Kan? Salah ke aku doa suami aku m4ti cepat? Ya Allah teruknya kau De Lemon. Aku sebenarnya kena jumpa psychi4trist kan? – De Lemon (Bukan nama sebenar)

Baca juga “Abah minta aku rahsiakan dari sesiapa termasuk bakal suami, pegawai agama kata jika orang tahu, aku akan terima akibatnya”