Patutlah orang zaman dulu suka bela ikan puyu

Patutlah orang zaman dulu suka bela ikan puyu. Ikan Puyu atau dipanggil Ikan Karuk merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini.

Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain.

Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga 6 hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau penjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci.

Patutlah orang zaman dulu suka bela ikan puyu

 

Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan atau menyukai membela ikan puyu ini kerana mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu sihir dan dipukau, ada juga yang mengatakan ikan ini dapat menghalau hantu dan makhluk halus.

Disebabkan itulah masyarakat Melayu telah lama memelihara spesies ini di dalam rumah mereka.

 

Selain itu, ikan puyu ini juga digelarkan sebagai pelindung rumah. Mereka juga yang terikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih terjaga.

Ikan puyu ini sejenis ikan yang tidak tidur malam, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah.

BACA:

Teras bumi mula berputar lawan arus – Pakar penyelidik dedah sesuatu yang mengejutkan

Sekolah pun tak habis lagi, pelajar ini dah beli kereta Honda secara tunai!