Loke mula tugas menteri dengan naik LRT, ‘berlakon’ jadi orang awam

Loke mula tugas menteri dengan naik LRT, ‘berlakon’ jadi orang awam. Anthony Loke menggunakan hari pertamanya kembali bertugas sebagai menteri pengangkutan untuk menaiki LRT ketika waktu puncak, hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, dia berkongsi gambarnya, yang hampir saja tidak dapat dicam kerana memakai topi dan pelitup muka, menaiki LRT yang sesak.

“Petang tadi, saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya semasa waktu puncak, antara pukul lima hingga tujuh petang.

Baca Artikel Penuh