“Pakai kereta biasa pun bersyukur” – Amyra Rosli dipuji netizen

“Pakai kereta biasa pun bersyukur” – Amyra Rosli dipuji netizen. Perkongsian pelakon Amyra Rosli mengenai kejutan yang dilakukan suami iaitu pembelian kereta baharu menarik perhatian netizen.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik Amyra, 31, di laman Instagram miliknya, dia berkongsi keterujaannya dan suami, pelakon Amar Baharin, 37, di atas kurniaan rezeki kereta baharu bagi memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.

“Dengan izin Allah. For him dan for her, Alhamdulillah.

“Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga,” tulisnya sambil disusuli sabda Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.

“Maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.

"Pakai kereta biasa pun bersyukur" - Amyra Rosli dipuji netizen

Baca Artikel Penuh