Lelaki ada 102 anak dengan 12 isteri, dah ‘taubat’ tak nak tambah lagi

Lelaki ada 102 anak dengan 12 isteri, dah ‘taubat’ tak nak tambah lagi. Seorang lelaki di Uganda yang mempunyai 102 orang anak bertekad untuk tidak lagi mendapat cahaya mata kerana dia sedang bergelut untuk mendidik anak-anaknya yang semakin membesar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki tersebut, Musa Hasahya, 67, yang mempunyai 12 isteri kini mengarahkan mereka untuk mengambil pil perancang keluarga.

“Saya tidak boleh bertolak ansur lagi untuk (isteri-isterinya) melahirkan anak kerana sumber yang terhad. Atas dasar itu, saya telah menasihati semua isteri saya untuk membuat perancangan keluarga.

“Saya juga tidak menggalakkan orang ramai yang ingin berkahwin lebih daripada empat isteri supaya tidak berbuat demikian kerana situasi (ekonomi) yang tidak baik,” katanya.

Musa yang juga mempunyai 568 cucu, mempunyai rumah 12 bilik di Bugisa. Dia berkata, walaupun boleh membezakan anak-anak dan cucu-cucunya, dia tidak mengenali semua mereka dengan panggilan nama.

Lelaki ada 102 anak dengan 12 isteri, dah 'taubat' tak nak tambah lagi

Musa berkahwin dengan isteri pertamanya, Hanifa pada tahun 1971 ketika usia 16 tahun selepas berhenti sekolah. Dia menjadi bapa buat kali pertama dua tahun kemudian apabila isterinya melahirkan seorang anak perempuan.

Sebagai pengerusi kampung dan ahli perniagaan, Musa berkata, dia memutuskan untuk menambah bilangan keluarga kerana mempunyai wang dan tanah.

“Oleh kerana saya memperoleh sesuatu, saya memutuskan untuk mengembangkan keluarga saya dengan mengahwini lebih ramai wanita,” ujarnya.

Musa kini meminta bantuan kerajaan dan berkata, dia sedang bertungkus-lumus untuk mendidik semua anak-anaknya.

BACA:

Terkejut tengok longgokan al-Quran tepi jalan, ‘siapa punya kerja ni?’

Bini kedua tak tahan perangai pengotor suami, ‘saya nak pulang balik kat isteri pertama’

Nadia Brian mengamuk di Instagram, geram media ‘highlight’ imej seksi