Kerana Janna Nick isteri-isteri bekas jurulatih bergaduh, ini ayat yang menjadi punca perkelahian..

Kerana Janna Nick isteri-isteri bekas jurulatih bergaduh, ini ayat yang menjadi punca perkelahian..Ahad lalu pelakon senior Azhar Sulaiman ada memuat naik entri meminta pihak produksi TV3 berhenti daripada membuat jenaka atas perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan bagi menjaga hati isteri pertama jurulatih berkenaan yang merupakan anak saudaranya.

Biarpun Azhar sudah memadamkan hantaran tersebut, pelakon Datuk Fizz Fairuz telah memuat naiknya semula di akaun Instagram miliknya memandangkan Datin Zalina juga adalah anak buahnya.

Menerusi syot layar yang memaparkan hos program Famili Duo iaitu Janna Nick, penyanyi dan pelakon tersebut meminta Fizz supaya memadam muat naik itu kerana dirinya tidak terkait dalam konflik rumah tangga Fyna.

Baca Artikel Penuh