“Dulu isteri wanita paling kasar aku pernah kenal, sekarang dia cakap lemah lembut lepas kahwin aku jadi geli

Isteri yang baik datangnya dari layanan suami yang baik dan juga cerminan bagaimana rumahtangga tersebut.

Layanan suami yang buruk juga pasti menunjukkan bagaimana si isteri protes dalam perhubungan maka kerana itu perlu saling refleksi diri

supaya rumahtangga itu dalam keadaan aman damai.

Kisah ini menceritakan bagaimana suami ini mencuba sedaya upaya dalam menjernihkan hubungan dengan isterinya

Dek kerana si isteri mencuba mengubah dirinya dan membuat si suami kehilangan arah.

“Dulu isteri wanita paling kasar aku pernah kenal, sekarang dia cakap lemah lembut lepas kahwin aku jadi geli

Hi semua, nama aku lqi, berusia 27 tahun dan sudah berumah tangga selama 3 tahun. Berdasarkan tajuk je mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang akan aku cerita

. Cerita aku ringkas je sebab aku nak mintak pendapat dan kritikan dari semua yang dah berpengalaman. Aku harap para suami pun boleh bagi sedikit nasihat.

Alhamdulillah perkahwinan aku ni bukan lah bermasalah sangat. Aku pun dah ada seorang anak yang baru berusia 10 bulan. Nak dipendekkan cerita, aku kenal dengan isteri aku ni sekejap sangat dan kami terus kahwin.

Awal perkenalan aku sedia maklum, dia memang ganas – ganas sikit, kasar and agak g4ngster-g4ngster sikit.

Aku okey je, tak pernah complaint. Tapi dalam mind set aku, bila wanita agak kasar ni mesti dia pun hati kental. Salah beb! Perempuan kasar ni kat office dia memang tahan m4ki, balik rumah dia pun cerita dekat aku. Typical isteri yang ajak suami bergosip.

Kat sini ada 1 isu. Bila dia takda cerita dia akan mintak aku yang cerita. Tapi aku pun takde isu nak cerita so dia akan badmood. Dia tak boleh kalau aku cakap no, tidak, tak nak. Dia punya badmood tu, ya Allah siap ugvt nak balik rumah parents dia.

Aku ni dahlah sebatang kara dekat KL ni. Family aku semua dekat pantai timur nuun. Kitorang ada habit, bila cuti hujung minggu dia akan teman aku bawak grab, sebab dia suka berjalan, bukan jalan kaki ye, ronda – ronda naik motor. Sunburn pon sunburn.

Kat sini isu kedua. Dia marah beb kalau kena sidai. Dia marah kalau takda tempat nak pergi. Dia pernah marah sampai balik rumah naik bas. Ya Allah. Aku time tu memang naik angin dah. Dia yang nak berjalan, dia yang penat tunggu, dia yang marah.

Kalau aku ajak pergi jalan makan angin, lepak PD ke, balik kampung ke dia tak nak sebab kena spend duit, padahal bukan aku mintak duit dia pun. Aku tak faham typical isteri aku ni.

Weh time dia pregnant, memang aku hari malam – malam nyumpah nak anak sorang je. Dia pun betul-betul nak anak sorang jugak.

Ini sebab bila datang peny4kit dia, aku pun kena join sama. Kalau dia tak boleh tidur malam, aku kena stayback sampai dia tidur. Yelah aku layan. Tapi part dia malam buta nak makan bakso lepastu meng4muk sampai merajuk – rajuk.

Bukan sekali ye. Selama dia pregnant tu adalah 10 kali dia malam tiba – tiba nak makan pelik – pelik. Aku tak sanggup dah. Last – last sebab dia tak boleh tidur malam, dia cakap nak berhenti kerja. Aku okey je cuma dia dekat rumah pun banyak isu gosip. Haiyoo letih! Nasib baik dah lepas.

Sekarang, mungkin simptom mak – mak dia nak jadi isteri mithali, dia cakap nak jadi isteri yang lemah lembut, yang tak nak carut (carut dia tu macam dia kadang-kadang selalu cakap b0d0h, kadang-kadang cakap anjay, kadang-kadang cakap bebal dekat aku)

Kira nya dia nak kurangkan ayat-ayat yang tak baik sebab anak kitorang m4kin besar and process absorb apa kitorang buat. Alhamdulillah aku syukur, tapi kadang – kadang aku geli juga sebab aku pun bukan jenis sopan santun.

Kat sini pun ada isu besar tau, sebab sopan santun tu, dia suka arah aku buat kerja rumah dengan intonasi yang sopan santun. Pastu dia akan cek kalau tak okey dia pun akan marah sopan santun juga. Aku sejujurnya geli weh.

Sebab aku pun bukan orang yang formal dan sopan santun. Aku boleh je jadi sopan santun, tapi tu bukan diri aku. Tu lakonan semata – mata. Aku bukan nak membudayakan gurauan kasar dan directly sound. Tapi benda tu berguna untuk aku. Aku ni kalau tak terus terang, aku tak faham.

Sekarang isu dia adalah, aku tak faham apa yang isteri aku nak. Aku pernah je suruh dia tak payah acah – acah sopan, lemah lembut. Dia auto naik hangin kau. Tak pernah aku tengok dia marah macam tu. Siap baling – baling bakul baju, h4nger suruh aku sidai baju.

Aku ni balik kerja penat, nak rehat. Dia suri rumah pun penat urus segalanya. So aku okey je tolong dia buat semua benda.

Cuma boleh tak aku mintak dia tak payah kias – kias, contoh kalau dulu aku basuh pinggan ada minyak – minyak sikit dia akan sound, ‘kau ni basuh pakai sabun ke tak? Minyak – minyak… Lepas ni aku masak tak pakai minyak, makan la kau ayam rebus hari – hari’ sambil tu dia yang akan uruskan balik.

Sekarang ayat dia, ‘cuba tengok balik kau basuh ni okey ke tak’ lepas tu dia belah. Aku datang tengok okey je so aku pun basuh balik semua. Lagi diam lagi menyeramkan wey.

Kadang-kadang dia tengok aku keluar toilet je, bukan cakap apa – apa, dia jeling tu wey tak jadi aku keluar, aku masuk toilet balik. Bukan takat flush je siap berus toilet.

Allahu m4kin seram bini aku. Macam mana aku nak suruh dia kembali ke masa remaja yang ganas – ganas, yang terus terang. Semoga ada nasihat bernas yang aku boleh apply dalam rumah tangga aku.

Oh aku pun plan kalau confession ni admin approve, aku akan suruh bini aku baca dan baca nasihat korang. Maklumlah dulu aku berani sound bini aku. Sekarang aiyoo, aku takut salah cakap. – Iqi (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Tak guna punya budak, aku tinggalkan ko dengan mak ko kat sini kang! Baru 15 minit aku tinggalkan anak dengan suami, anak 3 tahun dah kena maki depan surau”