Zoey Rahman jawab dakwaan buat pembedahan muka, “sebenarnya memang..”

Zoey Rahman jawab dakwaan buat pembedahan muka, “sebenarnya memang..”Penampilan pelakon dan pengacara Zoey Rahman sekali lagi menjadi bualan dalam kalangan netizen yang perasan perubahan pada wajahnya sehingga dia dikatakan melakukan pembedahan kosmetik.

Enggan mengambil pusing tuduhan tersebut, Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 38, berkata, dia sudah lali menerima kecaman berkaitan isu tersebut dan menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat penilaian.

“Sudah banyak kali perkara ini diperkatakan. Terpulanglah kepada orang untuk menilai. Kalau mereka anggap betul buat pembedahan muka, maka benarlah bagi mereka.

Zoey Rahman jawab dakwaan buat pembedahan muka, "sebenarnya memang.."

“Saya pun sudah lali dikecam dan dimaki. Itu adalah perkara biasa sebagai seorang anak seni. Mungkin ada dalam kalangan artis yang tak boleh nak hadap kecaman, tetapi saya anggap seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kecaman ini tidak akan habis. Nanti lain masa timbul pula isu lain,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, video dikongsi Zoey di Tiktok miliknya menjadi bualan ramai dan ada dalam kalangan netizen yang turut membuat perbandingan perubahan wajahnya di awal kemunculan sebagai artis.

Baca Artikel Penuh