Ziarah rumah Pak Lah, Annuar Musa kena kompaun

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan mengunjungi kediaman bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 Julai lalu.

Satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh pejabat beliau menyebut Ahli Parlimen Ketereh itu akan menjelaskan kompaun berkenaan secepat mungkin tanpa memperincikan nilai kompaun yang dikenakan oleh pihak polis.

“Berkaitan kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan ke Bait Badawi (kediaman Abdullah Badawi) pada Sabtu, 10 Julai 2021, beliau telah menerima kompaun daripada polis dan akan menjelaskan kompaun tersebut secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.

Dalam catatan di Twitternya pada 10 Julai lalu, Annuar berkata, beliau dan isterinya mengunjungi rumah Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, di Kuala Lumpur dan menghabiskan masa dua jam bersama termasuk menjamu selera.

Bagaimanapun catatan berkenaan dipadam oleh Annuar tidak lama kemudian.

SOP “lockdown” tidak membenarkan lawatan. Tambahan lagi Kuala Lumpur masih di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang juga tidak membenarkan aktiviti berkumpul dan melawat, kecuali untuk tujuan kecemasan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/12/annuar-musa-dikompaun-ziarah-rumah-pak-lah-akan-bayar-secepat-mungkin/

BACA JUGA : Kerajaan gagal? Hadi anggap yang menuduh itu ‘makhluk asing’

CATEGORIES