Zarina Anjoulie tak jemu layan karenah peminat ajak bergambar, sekali lain pula yang ter’shelit’

Zarina Anjoulie tak jemu layan karenah peminat ajak bergambar, sekali lain pula yang ter’shelit’.

Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie berkongsi momen lucu apabila pakaian yang digayakan ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini terselit dicelah punggungnya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Zarina dilihat sedang sibuk berborak dengan beberapa individu sebelum diminta berdiri untuk bergambar dengan peminatnya.

Zarina Anjoulie tak jemu layan karenah peminat ajak bergambar, sekali lain pula yang ter'shelit'

Namun, mencuit hati apabila pakaian jenis abaya berona hijau lumut yang digayakan itu secara tidak sengaja terselit di bahagian punggungnya.

Menurut Zarina atau mesra dengan sapaan Anju, ketika itu dia baru sahaja mahu berangan cantik, namun baju dan tudungnya seperti tidak memberi kerjasama yang baik.

Baca Artikel Penuh