Zarina Anjoulie kena denda RM4,000 selepas mengaku guna dadah

Zarina Anjoulie kena denda RM4,000 selepas mengaku guna dadah. Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju dijatuhi hukuman denda sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada Jun tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, pihaknya mengesahkan bahawa Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman tersebut setelah pelakon berusia 34 tahun itu membuat pengakuan bersalah pada Selasa lepas.

Difahamkan, pendengaran kes Zarina sepatutnya diadakan pada hari Rabu, namun peguam yang mewakilinya memohon untuk diadakan lebih awal.

Zarina Anjoulie kena denda RM4,000 selepas mengaku guna dadah

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Seremban turut mengarahkan tertuduh agar menjalani pengawasan polis selama dua tahun dan perlu membayar denda sebanyak RM4,000.

Jika gagal membayar denda terbabit, dia bakal dikenakan hukuman penjara selama empat bulan. Walau bagaimanapun, Anju telah membayar denda berkenaan.

Terdahulu, pihak polis menahan seorang selebriti wanita yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, Negeri sembilan. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

TONTON :

BACA:

Cara tebus RM150 e-Pemula khas untuk belia

Berdepan hukuman mati, ini rayuan Yasin agar diberi ikat jamin

Kerajaan tawar insurans perlindungan RM20,000 kepada rakyat, ini cara mohon

CATEGORIES