Zahid mahu parlimen bersidang semula

Zahid

Zahid mahu parlimen bersidang semula.Parlimen perlu segera bersidang selepas ditangguhkan pada 29 Julai lalu kerana banyak isu rakyat termasuk pembatalan Ordinan Darurat yang tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong masih belum terjawab.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tarikh baharu untuk Parlimen bersidang perlu ditetapkan segera dan sebolehnya dalam tempoh terdekat ini.

“Perdana Menteri telah mengarahkan sidang Dewan Rakyat yang bermula 26 Julai lalu ditangguh kerana Parlimen dikatakan sebagai lokaliti berisiko berlaku penularan Covid-19.

“Maka ujian saringan secara besar-besaran telah dilakukan secara tiba-tiba di Parlimen pada petang 29 Julai iaitu serentak dengan titah dukacita Yang di-Pertuan Agong dukacita terhadap tindakan kerajaan menyalahi Perlembagaan serta membelakangi peranan dan tanggungjawab baginda.

Zahid

“Saya percaya hasil ujian saringan itu telah mengenal pasti siapa yang positif dan perlu diasingkan daripada hadir ke Parlimen,” katanya menerusi Facebooknya malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, memandangkan Parlimen ditangguh sebab didakwa berisiko jangkitan Covid-19, beliau berharap lokaliti lain yang turut berisiko berlaku penularan wabak itu seperti kilang bukan perkhidmatan perlu juga ditangguhkan daripada beroperasi.

Jelas beliau, sebagai kerajaan, kena adil kepada rakyat kerana nyawa mereka juga perlu dijaga.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya semalam berkata, empat sampel ujian saringan kes positif Covid-19 hasil saringan di Parlimen dipercayai ada kemungkinan besar varian Delta.

Semua sampel itu berkaitan dengan kes positif di Parlimen yang disaring pada 29 Julai lalu, yang mana RT PCR diagnostic berikutnya menunjukkan positif dengan nilai CT yang rendah.

Menurut beliau, sampel itu telah diterima oleh Institut Penyelidikan Perubatan daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/08/02/parlimen-perlu-bersidang-segera-demi-kepentingan-rakyat-zahid/

BACA: Panas!!! Takiyuddin dilapor masuk Hospital, jalani pembedahan jantung

COMMENTS

Wordpress (0)