Zahid dibenar berlepas ke Jerman untuk jalani rawatan

Zahid

Zahid dibenar berlepas ke Jerman untuk jalani rawatan.Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.

Permohonan itu dibuat pagi ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa.

Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan permohonan tersebut adalah perkara sama yang dibuat anak guamnya yang menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka Jerman, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

“Kita memohon pelepasan sementara pasportnya bagi mendapatkan rawatan di Jerman untuk kecederaan sama seperti permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Zahid

Ahmad Zaidi berkata, pelepasan sementara pasport itu tidak akan mengganggu tarikh perbicaraan Zahid yang ditetapkan pada 22 Okt depan.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam, iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama mendapatkan untuk dirinya wang tunai SGD1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan USD15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Pada 7 Okt lepas, media melaporkan Zahid yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya pasportnya diserahkan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Zahid memaklumkan kepada hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya yang menderita sakit belakang dan leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka di Munich.

Hamidi memaklumkan Zahid memohon pasportnya diserahkan pada 26 Okt ini dan akan memulangkan pada 21 Nov depan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/11/mahkamah-benar-permohonan-pasport-zahid/

BACA: Undi18 : Jumlah pengundi di Selangor naik mendadak

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Zahid dibenar berlepas ke Jerman untuk jalani rawatan […]