Zahid dakwa lebih ramai bekas pemimpin Umno bakal kembali, Bersatu kata propaganda

Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa lebih ramai pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kembali semula menyertai parti terbesar Melayu tersebut hanyalah bersifat persepsi.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dakwaan seumpama itu juga dilihat sebagai strategi dan propaganda yang dilakukan pemimpin UMNO untuk menarik perhatian lebih ramai ahli untuk bersama mereka.

“Itu mungkin persepsi beliau sebab dalam negara ini, dalam soal parti, masing-masing mempunyai hak mereka sendiri. Kalau dia rasa mahu masuk mana-mana parti, tidak ada orang boleh tahan sebab itu termaktub dalam perlembagaan kita.

Zahid dakwa lebih ramai bekas pemimpin Umno bakal kembali, Bersatu kata propaganda

“Jadi terpulanglah kepada sesiapa mahu masuk mana-mana parti pun,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Pecah Tanah Pembinaan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Isnin.

Menurut Hamzah, walau apa juga dakwaan dibuat terhadap Bersatu namun parti berkenaan semakin mendapat perhatian rakyat apabila jumlah keahlian meningkat kepada 520,000 orang berbanding 300,000 pada tahun lepas.

Jelas beliau, jumlah itu dijangka terus meningkat dari masa ke semasa selepas Bersatu mengumumkan penubuhan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu daripada golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera menyertai parti itu.

“Ini adalah perjuangan parti kita supaya kita boleh menambah ahli kerana ia memberi satu keyakinan bahawa kita sudah mempunyai sokongan daripada semua rakyat, bukan tertumpu kepada Melayu dan Bumiputera sahaja.

“Kita terbuka, konsep kita adalah mencari pemimpin yang penuh integriti dan mempunyai kreadibiliti kerana perjuangan kita adalah untuk menentukan masa depan yang boleh dipimpin oleh mereka yang benar-benar berintegriti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid mendakwa lebih ramai pemimpin Bersatu akan kembali semula menyertai parti terbesar Melayu tersebut.

Ahmad Zahid sehubungan itu berkata, UMNO bersedia memperhalusi setiap permohonan individu yang ingin kembali termasuk mereka yang sebelum ini dikenakan tindakan tatatertib.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/165084/BERITA/Politik/Dakwaan-Zahid-hanya-persepsi-propaganda-Bersatu

BACA JUGA : Panas !!! Hotel terkemuka di Langkawi diarah tutup setelah 59 staf positif Covid-19

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: Zahid dakwa lebih ramai bekas pemimpin Umno bakal kembali, Bersatu kata propaganda […]