Zahid cakap ‘No Anwar No DAP’, tapi cakap tak serupa bikin

Zahid cakap ‘No Anwar No DAP’, tapi cakap tak serupa bikin. Umum mengetahui UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang teguh menolak idealisme DAP dan tidak pernah menjalin kerjasama politik dengan parti itu dalam apa jua keadaan.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu UMNO menentang DAP tetapi Bersatu ketika itu menjulang perjuangan parti berkenaan.

Zahid cakap 'No Anwar No DAP', tapi cakap tak serupa bikin

Bagaimanapun kenyataan Zahid bertentangan dengan tindakan UMNO yang mesra DAP tatkala negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Bersatu.

Pada malam sebelum kerajaan Melaka tumbang 4 Oktober lalu, UMNO cuba bersekongkol dengan DAP demi menyelamatkan kuasa dan kedudukan yang dimiliki ketika itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sendiri mengakui mengadakan perbincangan dengan DAP selepas mendapat restu pimpinan tertinggi UMNO.

Walaubagaimanapun, Rauf memberi alasan kononnya mahu mengikut jejak Kerajaan Pusat pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan pembangkang.

Susulan penarikan sokongan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu, UMNO dimalukan apabila DAP menolak untuk menyelamatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

BACA JUGA : Aksi ‘king’ cuba ambil alih tugas towing
Peja terus buat perangai kartun, persoal Pandalela ungkit cerita lama
PRN Melaka : Pas tak guna lambang bulan buat pertama kali

Artikel ini disiarkan pada 26/10/2021

COMMENTS

Wordpress (0)