“Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras”, dah lah kena tumbuk 3 kali, Shuhada dedah Hafiz Roshdi tak beri nafkah?
Lewat petang semalam, keluarga mengesahkan Nurul Shuhada Mat Shukri cedera di bahagian muka akibat ditumbuk oleh Hafidz Roshdi sebanyak tiga kali.
Menurut ahli keluarga, Hafidz mengasari isterinya itu di dalam kereta kerana berang dia menjawab telefon ketika berbincang di sebuah R&R sekitar Sungai Buloh.
Shuhada kemudian dibawa ke balai oleh keluarga untuk membuat laporan polis dan telah menerima rawatan lanjut di hospital.
Terbaru, Shuhada yang kini dilaporkan dalam keadaan baik ada memuat naik kenyataan di Instagram story dipercayai ditujukan kepada suaminya itu.
Menerusi kenyataan panjang itu, Shuhada mendedahkan bahawa Hafidz tidak pernah membeli beras dan cuba untuk play victim.
Hiduplah kau dengan bayang bayang aku sampai mati. Kau takkan tenang. Kalau sekarang baru nak ukur kasih sayang buat anak anak untuk back up diri jadi manusia bagus boleh buat kau bahagia, teruskan.”
Shuhada turut menyindir Hafidz dengan berterima kasih kerana menyebabkan kecatatan di mukanya itu akibat ditumbuk.
Dia turut berharap pelakon itu akan merasakan kifarah daripada Allah SWT suatu hari nanti atas segala perbuatannya menzalimi isteri.
BACA: