Ya Allah satu keluarga kena Covid-19.Tolong doakan kami

Setakat hari ini, jumlah jangkitan dan kematian masih belum lagi menunjukkan tanda-tanda untuk berkurang, malah angkanya pula semakin bertambah.

Terbaru, satu keluarga di Perak terpaksa dikejarkan ke hospital Ipoh dan dikuarantin setelah mereka disahkan positif virus Covid-19.

Satu keluarga kena Covid-19
Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook dengan nama akaun Gold Amy Edriena, memaklumkan dia bersama suami serta lima orang anak mereka, telah dihantar ke hospital Ipoh selama 4 hari untuk dikuarantin, sebelum dibawa semula ke Teluk Intan.

Dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan, demi keselamatan para pesakit perjalanan mereka ke hospital telah diiringi oleh beberapa pasukan polis.

Tolong doakan kami
Terdahulu, KKM telah memaklumkan seramai 39 kakitangan disahkan positif Covid-19. Difahamkan, suaminya merupakan salah seorang pakar di Hospital Teluk Intan, yang bertugas di jabatan kecemasan.

Hanya doa yang diharapkan, ibunya ini meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan keluarganya agar dapat pulih daripada wabak Covid-19 ini.

Semoga puan Edriena dan keluarga tabah menghadapi penyakit ini, diharapkan kesemuanya segara sembuh dan dapat pulang ke rumah dalam keadaan yang sihat.

berita penuh : https://ohmymedia.cc/doakan-kami-sembuh-satu-keluarga-kena-covid-19-ibu-mohon-doa-orang-ramai/?utm_source=fb_page&utm_campaign=publer&utm_medium=Oh+My+Media&fbclid=IwAR3g-UoFdJpcblUlI04Q4W6i_W_TExKYHqGIGCsgEYSKICiB5G0l6cWPh3A

COMMENTS

Wordpress (0)