Wow! Filem ‘Selagi Bernyawa’ bakal kalahkan Mat Kilau? Dah RM8 juta..

Wow! Filem ‘Selagi Bernyawa’ bakal kalahkan Mat Kilau? Dah RM8 juta. Filem aksi ketenteraan terbaru, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa nampaknya mencipta fenomena selepas Mat Kilau (tonton sini) apabila ianya berjaya mengutip RM8 juta dalam masa 4 hari tayangan.

Filem aksi yang turut menampilkan pelakon Adi Putra yang sebelum ini memegang watak Mat Kilau berjaya membawa filem ini ke arah keuntungan.

Menerusi laman Instagram GSC, filem itu kini diumumkan sudah mencapai kutipan RM8 juta dalam masa 4 hari tayangan.

Malah, filem ini juga diumumkan akan ditayangkan di pawagam Korea, Jepun dan Taiwan. Buat masa ini, tidak ada tarikh untuk tayangan luar negara ini.

Pastinya, kegemilangan filem Malaysia sudah mula kembali dengan dua filem untuk tahun ini yang sudah mencapai kutipan memberansangkan dalam masa kurang daripada dua minggu!

Wow! Filem 'Selagi Bernyawa' bakal kalahkan Mat Kilau? Dah RM8 juta..

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh GSC 🍿 (@gscinemas)

BACA:

Peniaga kaut ratus ribu sebulan di pasar malam, ini rahsianya..

Kapal Perang India berlabuh di Malaysia, apa dah jadi?

Gembira tersenarai orang paling berjaya di Malaysia, Fitri Haris rupanya kena ‘scam’?