WHO saran sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan, tak perlu lagi sijil vaksin

ubat
WHO saran sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan, tak perlu lagi sijil vaksin sijil vaksin sijil digital vaksin cara print sijil vaksin sijil vaksin digital sijil digital vaksin covid

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan negara anggotanya pada Rabu (19 Jan) supaya menarik balik atau melonggarkan larangan perjalanan antarabangsa meskipun pandemik COVID-19 masih dianggap membimbangkan, lapor Xinhua.

Jawatankuasa Kecemasan WHO membentangkan beberapa cadangan kepada ketua pengarah WHO, yang memutuskan bahawa pandemik COVID-19 terus menjadi kebimbangan terhadap kesihatan awam di peringkat antarabangsa.

WHO saran sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan, tak perlu lagi sijil vaksin sijil vaksin sijil digital vaksin cara print sijil vaksin sijil vaksin digital sijil digital vaksin covid

Jawatankuasa itu berkata bahawa bukti vaksinasi terhadap COVID-19 tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya cara atau syarat membenarkan perjalanan antarabangsa memandangkan akses global yang terhad dan pengedaran vaksin COVID-19 yang tidak saksama, seperti dinukil Xinhua.

Ia juga menasihatkan negara untuk menjalankan siasatan epidemiologi terhadap penularan SARS-CoV-2 di antara manusia-haiwan serta pengawasan terhadap perumah haiwan yang berpotensi.

Jawatankuasa itu meminta pemantauan serta perkongsian data jangkitan dengan rekod masa sebenar, penularan dan evolusi SARS-Cov-2 dalam haiwan, menegaskan bahawa data berkenaan akan membantu memberi kefahaman global serta mengenalpasti virus tepat pada masanya, dan penilaian risiko kesihatan awam, lapor Xinhua.

BACA JUGA :Berniaga pun tak menjadi, Ameng akur menyanyi dengan bayaran RM1 asalkan dapat duit
Cuaca sejuk, salji landa Arab Saudi namun NCM turut ramal 7 lagi fenomena alam bakal berlaku
Bakul berisi buah yang masih elok dijumpai, dianggarkan berusia 2,400 tahun

CATEGORIES