Warisan sukar tembusi Semenanjung, kata penganalisis

Dua penganalisis menyuarakan keraguan sama ada kehadiran Warisan di Semenanjung akan memberi sebarang kesan selepas ia merancang untuk melebarkan sayapnya ke sana.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata agak sukar untuk bersaing dengan parti-parti lain yang telah lama bertapak dan mendapat penerimaan rakyat.

Menerusi sesi di aplikasi Zoom sempena sambutan hari jadinya pada Selasa lalu, Presiden Warisan Shafie Apdal memberitahu media bahawa parti itu akan meneruskan rancangannya untuk beralih ke platform nasional dan akan mengambil pendekatan berbilang bangsa dalam dasarnya.

Warisan sukar tembusi Semenanjung, kata penganalisis

Lee Kuok Tiung.

Katanya, mereka juga akan memastikan nilai Islam sentiasa ditegakkan selain menjangkakan penyertaan daripada pengundi muda yang lebih berani berdepan perubahan.

Kata Lee, beliau percaya Warisan tidak mempunyai harapan untuk mencabar parti-parti dalam Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, ia “amat mencabar” untuk Warisan menembusi platform nasional terutama apabila PH juga memiliki sokongan yang cukup besar daripada rakyat di Semenanjung.

“Sama ada ia mempunyai kelebihan untuk bertanding di Semenanjung adalah soal lain tetapi yang pastinya ia akan dilihat sebagai orang luar.”

Terdapat perkhabaran bahawa Warisan akan bekerjasama dengan Muda untuk mendapatkan sokongan pengundi muda namun Lee meragui ia akan berjaya kerana setakat ini Muda masih tidak menunjukkan bukti kebolehannya.

“Saya percaya antara sebab utama Warisan ingin melebarkan sayap ke Semenanjung ialah kerana terdapat ramai pengundi Sabah di sana tetapi ia perlu dikaji dengan teliti untuk melihat sama ada mereka telah menukar kawasan tempat mengundi atau masih mengundi di negeri asal,” katanya kepada FMT.

Awang Azman Pawi.

Manakala Awang Azman pula berkata Warisan perlu sedar bahawa rakyat di Semenanjung mempunyai terlalu banyak pilihan dan mereka akan dilihat sebagai parti yang berpusat di Sabah dan hanya memperjuangkan isu-isu negeri.

Katanya, Warisan boleh dilihat sebagai parti yang tidak mempunyai kewibawaan untuk bertanding di sana memandangkan di wilayahnya sendiri pun mereka telah ditolak, selepas beberapa wakil rakyatnya berpaling tadah.

BACA JUGA : Australia dilanda hujan ais selepas ketibaan Sajat

COMMENTS

Wordpress (0)