Warisan sapu bersih di Semporna

Warisan sapu bersih di Semporna

Warisan mengekalkan penguasaan di semua tiga kerusi DUN di kawasan parlimen Semporna.

Menurut sumber, Warisan berjaya mempertahankan DUN Sulabayan, Senallang dan Bugaya.

Warisan juga hanya kalah di tiga dari 32 saluran mengundi.

Ketua menteri sementara Mohd Shafie Apdal bertanding di Senallang dan Jaujan Sambakong di Sulabayan.

Berita penuh : https://live.malaysiakini.com/sabah2020/my/