Warga emas maut ketika sedang diurut sambil berbogel

Warga emas maut ketika sedang diurut sambil berbogel bantuan warga emas 2021 bantuan warga emas permohonan bantuan warga emas 2021 permohonan bantuan warga emas 2021 online bantuan kebajikan warga emas umur warga emas warga emas in english warga emas umur bantuan bulanan rm350 warga emas

 

Seorang pelancong British meninggal dunia dalam keadaan berbogel ketika dia sedang diurut di Pattaya, Thailand.

Pesara itu datang dengan menaiki sebuah motosikal sebelum diurut oleh seorang wanita dikenali sebagai Miss Oraya.

Menurut tukang urut berusia 39 tahun itu, lelaki berkenaan baring dalam keadaan bogel sebelum tertidur dan mula mengalami sesak nafas.

Oraya yang panik memanggil rakan sekerjanya sebelum mereka memberi bantuan pernafasan (CPR) ke atas mangsa.

Warga emas maut ketika sedang diurut sambil berbogel

“Semuanya berjalan lancar. Saya perasan dia tertidur. Kemudian saya dengar dia alami kesukaran untuk bernafas. Dia macam tercekik.

“Saya panggil gadis-gadis lain dan mula menekan dadanya,” imbas Oraya yang turut membuat CPR ke atas mangsa.

Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berdekatan.

Polis tiba di kedai ‘Lovely Massage’ di kawasan Bang Lamung itu pada jam 4 petang, sejam selepas kejadian itu berlaku.

Kata polis, mereka tidak menemui sebarang elemen jenayah dalam kejadian itu, namun punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan.

BACA JUGA :
Walaupun nyanyian ‘sumbang’, namun berjaya raih tajaan RM60,000
RM2.5 bilion lesap : Genting Hong Kong ulangi kisah Carrian Group?
Objek seram dikesan berputar di Bima Sakti, Saintis kebingungan

CATEGORIES