Warga emas ditemui lemas dalam parit rupanya dibawah pengawasan Covid-19

Seorang wanita warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah malam tadi, ditemui lemas dalam parit di Kampung Parit Betong, dekat sini pada 11.54 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Firdaus Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenainya.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mayat Jamyah Abd Halim, 73, dilakukan dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), kenderaan utiliti Hilux dan dua kenderaan khas Bermotor Bomba (RIM) membabitkan 10 anggota.

Warga emas ditemui lemas dalam parit rupanya dibawah pengawasan Covid-19

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram berusaha mengeluarkan mayat warga emas dari parit sedalam lima kaki. (Gambar Bernama)

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati berada di dalam parit sedalam lima kaki dan usaha mengeluarkan mangsa dilakukan dalam masa lima minit oleh anggota bertugas.

“Kami memakai pakaian pelindung diri setelah mengetahui yang mangsa merupakan ‘individu di bawah pengawasan (PUS)’ dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Firdaus berkata, orang ramai melakukan pencarian sejurus dimaklumkan keluarga mangsa yang menyedari warga emas itu tidak pulang ke rumah.

Beliau berkata, operasi ditamatkan 12.39 tengah hari tadi.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/26/warga-emas-di-bawah-pengawasan-covid-19-ditemui-lemas-dalam-parit/?

BACA JUGA : Ibu tergamak serah anak dara untuk ‘diratah’ bomoh demi nak jadi kaya

COMMENTS

Wordpress (0)