Punca utama Wanji kena penjara ialah sebab dia bukan fanatik kepada mazhab Sape’i Melayu… Itu je.
Wanji bukan penjenayah yang dimusuhi polis… Dia bukan penyeludup yang dimusuhi kastam…. Dia bukan perasuah yang dimusuhi SPRM…. Dia bukan pemberontak yang dimusuhi kerajaan, tetapi dia hanya seorang ustaz dan pemikir Islam, dia dimusuhi oleh ulamak-ulamak yang makan gaji dengan Pejabat Agama yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga kesucian Islam dan hal-ehwal umat Islam.
Saya tidak salahkan kerajaan secara langsung…. Orang-orang yang memusuhi dan menyimpan dendam terhadap Wanji ialah pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri, yang bukan berada di bawah Jabatan Perdana Menteri secara terus…. Itu adalah kuasa pihak Pejabat Agama Negeri.
Puak-puak ni lah yang buat rosak fahaman umat melayu terhadap agama…. Kalau dah jenis i’tikadnya wajib ikut Imam Syafie, wudhuk wajib ikut cara wudhuk Imam Syafie, nak solat wajib niat ikut cara solat Imam Syafie, sesiapa ikut selain dari Syafie, dia sesat, sesiapa yang tanya dalil dari hadis Nabi SAW, akan masuk neraka sebab mengaku dia lebih pandai dari Imam Syafie…… Kalau dah jenis macam ni, apa yang kita boleh harapkan kalau dia jadi pegawai dan ustaz bertauliah dari Pejabat Agama….?
Ustaz Wanji kena sebab ni je… Orang-orang yang berkuasa dalam hal-ehwal Islam ialah orang yang jahil dan busuk hati, menganut mazhab Pe’i Melayu.
Bayangkan kerenah puak-puak Pe’i ni…. Mufti Perlis, tidak dibenarkan mengajar agama di Johor, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan… Saya ulangi, mufti Perlis.
Dulu, NIk Aziz, sebagai Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan berceramah di Selangor.
Nurudin Banjari, Abdul Somad, dari Indonesia, boleh pulak dapat tauliah untuk menyampaikan dakyah agama di Malaysia…. Ustaz-ustaz yang sama fikrah dengannya di Malaysia senang-senang je dapat tauliah…. Azhar Idrus, Kazim Elias, Don Daniyal, Dasuki Rani, dan lebai-lebai PAS yang lain, semuanya tak ada masalah dengan tauliah…. Tapi Mufti Perlis dan Menteri Besar Kelantan tak dapat tauliah…. Pasal apa…? Mazhab Syafie, kononnya.
Abe Awang Malaya