Wanita trauma bakal suami ditetak didepan mata hingga mati

Seorang lelaki maut ditetak di depan mata bakal isterinya di kediamannya di Sepang semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Tasik Beringin 11, Taman Pantai Sepang Putra, Sungai Pelek.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa berusia 45 tahun dan merupakan seorang penganggur tinggal di rumah miliknya bersama teman wanita berusia 37 tahun dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Wanita trauma bakal suami ditetak didepan mata hingga mati

Hasil siasatan, teman wanitanya seorang pekerja kilang mendakwa mereka berdua tinggal di rumah berkenaan sejak dua bulan lalu dan sudah berkahwin secara adat resam Hindu dan telah bercadang untuk mendaftarkan perkahwinannya secara sah di sisi undang-undang.

“Wanita itu menyatakan pada 11.30 malam, mangsa mendakwa ingin muntah selepas mengambil minuman keras dan pergi ke bahagian luar rumah.

“Ketika mangsa membuka pintu pagar rumah, tiba-tiba datang sebuah kereta berwarna merah dinaiki empat atau lima lelaki berhenti.

“Pada masa sama, dua lelaki keluar dari kenderaan dan salah seorang suspek telah menetak mangsa di belakang badan dan kepala menggunakan parang manakala seorang lagi memukul mangsa di bahagian kepala dengan topi keledar sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataaan hari ini.

Tambah Wan Kamarul Azran, berikutan insiden itu, mangsa yang parah akibat tetakan dibawa ke Hospital Putrajaya namun telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Menurut beliau, hasil siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian, polis berjaya menemui sebilah parang, topi keleder dengan kesan darah atas lantai.

“Bertindak atas maklumat dan laporan polis bakal isteri mangsa, kenderaan yang digunakan oleh suspek adalah jenis Proton Iswara warna merah dan Proton Bezza warna putih telah ditemui di Ladang Sepang dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hasil siasatan jam 9.30 pagi tadi, sepasukan Polis JSJ IPD Sepang yang diketuai oleh Inspektor Husny Hussien, Inspektor Muhammad Hafiz Rosali dan dibantu sepasukan polis JSJ D9 IPK Selangor telah menyerbu Ladang Sepang dan berjaya menangkap empat lelaki serta merampas dua buah kereta terbabit serta dan empat telefon bimbit suspek.

“Tiga daripada suspek yang ditahan berumur antara 25 hingga 32 tahun dan mempunyai rekod lampau jenayah manakala seorang lagi suspek berusia 33 tiada rekod jenayah,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sepang esok untuk direman bagi membantu siasatan.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/12/lelaki-mati-ditetak-depan-bakal-isteri/

BACA JUGA : Imam Besar sahkan kouta VIP 30 tempat wujud di Masjid Putra

COMMENTS