Wanita terpaksa buang Teddy Bear lepas 10 tahun jadi peneman tidur, 'suami taknak orang ketiga'

Wanita terpaksa buang Teddy Bear lepas 10 tahun jadi peneman tidur, ‘suami taknak orang ketiga’

Wanita terpaksa buang Teddy Bear lepas 10 tahun jadi peneman tidur, ‘suami taknak orang ketiga’. Tidur bertemankan ‘khazanah’ bantal busuk bukanlah trend yang pelik, walaupun bagi orang dewasa. Tidak kira kecil atau besar, ‘aromanya’ tetap menjadi pilihan utama kerana ia boleh memberi ketenangan kepada para pemiliknya.

Meskipun tabiat itu bukan satu kesalahan, namun sampai masanya nanti ia tetap perlu dilupuskan jua atas faktor kebersihan dan mengurangkan risiko alahan.

Bila dah kahwin tapi suami tak nak ‘orang ketiga’…bye teddy bear yang teman tidur selama 10 tahun

Kerana terpaksa aku relakan, mungkin itulah perasaan yang bermain di jiwa seorang wanita tatkala perlu melepaskan teddy bear kesayangannya. Menurut Ain Hanini, patung merangkap bantal busuk itu telah pun menjadi teman tidurnya sejak 10 tahun lalu.

Namun memandangkan kini sudah bersuami, maka ia sudah tidak diperlukan lagi dalam rumah tangganya.

Wanita terpaksa buang Teddy Bear lepas 10 tahun jadi peneman tidur, 'suami taknak orang ketiga'

Bear tu memang dah berhabuk sangat sebab tinggal kat rumah sewa lama…nak bagi kat orang pun tak sanggup

@ain_haniey Baii bantal busuk 10 tahun. Sbb dah ada beribu kuman dah kat situ 😂 So terpaksa let go… #POV #fyp #bikinakukesal #bantalbusuk ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

Selain alasan suami tak mahu ia jadi ‘orang ketiga’, ujarnya teddy bear tersebut juga memang sudah berhabuk gara-gara sudah sekian lama ditinggalkan di rumah sewa sebelum ini. Gara-gara tidak sampai hati untuk sedekah kepada orang lain dalam keadaan sebegitu, justeru Ain Hanini pasrah meletakkannya di sebelah tong sampah. Secara keseluruhan, klip video berdurasi 22 saat itu telah meraih hampir 400 ribu views di aplikasi TikTok setakat ini.

Ala muka dia sedih, sayangnya tengok teddy bear mahal tu kena buang…kalau jadi gini tak mahu kahwinlah

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen akui bukan mudah untuk berpisah dengan bantal busuk atau patung kesayangan masing-masing. Selain memberi nilai sentimental dalam hidup masing-masing, mereka turut sayu menyaksikan foto teddy bear pink berkenaan duduk sambil bersandarkan tong sampah.

Suami Tak Mahu ‘Orang Ketiga’, Isteri Pasrah Buang Teddy 10 Tahun Peneman Tidur

BACA:

Mizz Nina bawa baby Musa buat umrah, netizen perasan sesuatu pula

Nizar Najib bakal jadi calon di Pekan ganti bapanya

Nissan lancar mop cuci lantai dengan sendiri, semua teruja tengok

CATEGORIES