Wanita terjun bangunan, sempat beritahu hasrat kepada rakan

Polis mengesahkan wanita yang ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 30, sebuah kondominium di sini, malam tadi, mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa, remaja berbangsa Cina berusia 20-an naik ke aras bumbung bersama-sama seorang rakannya kira-kira pukul 7 malam.

“Mangsa yang berasal Kota Setar, Kedah, memaklumkan keinginannya untuk membunuh diri kepada rakannya yang sudah lebih setahun tidak dijumpai ketika mereka meluangkan masa bersama di aras roof top itu.

Wanita terjun bangunan, sempat beritahu hasrat kepada rakan

Gambar hiasan.

“Pada pukul 8 malam, rakannya meninggalkan mangsa bersendirian di lokasi terbabit kerana mangsa tidak mahu kawannya itu melihat dia terjun. Mangsa bagaimanapun meminta rakannya tengok dari bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, rakannya kemudian menuruni lif ke tingkat lima dan melalui jambatan untuk pergi Tower I sebelum memaklumkan rakannya yang lain.

“Mereka kemudian melihat mangsa terjun dari aras roof top ke jalan raya kira-kira pukul 8.45 malam,” katanya.

Tambah Wan Kamarul Azran, akibat kejadian itu, mangsa patah tulang pinggul sebelah kiri, tulang belakang serta mengalami kecederaan di bahagian perut.

“Tidak terdapat kesan lain yang mempunyai unsur jenayah semasa siasatan dijalankan oleh pasukan forensik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa meninggalkan pod vape, kunci kereta, telefon bimbit dan bekas air.

“Dokumen mangsa seperti kad pengenalan, lesen dan kad bank sempat diserahkan kepada rakannya ,” katanya.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian turut mendapati terdapat televisyen litar tutup (CCTV) di kawasan terbabit, namun dimaklumkan oleh pihak keselamatan bangunan bahawa ia tidak berfungsi sejak dua minggu lepas.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi bedah siasat dan perlu menjalani proses ujian saringan Covid-19,” katanya.

Berita Penuh : https://utusan.news/berita/2021/09/sempat-beritahu-rakan-nak-bunuh-diri/

BACA JUGA : Mahkamah Syariah Johor rekod 1,585 perceraian antara Mac hingga Julai tahun ini

COMMENTS