Wanita Terengganu ini dilapor miliki ‘darah emas’ dalam badannya

Seorang wanita di Terengganu dilaporkan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki darah unik jenis Rhnull atau lebih dikenali sebagai The Golden Blood.

Fakta menarik tersebut dikongsikan di laman Facebook Derma Darah Terengganu Kite.

“Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia.

“Setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut.

“Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini,” kata perkongsian tersebut hari ini.

wanita

Sumber gambar : FB Derma Darah Terengganu Kiter

Jelas perkongsian itu, darah yang didermakan wanita tersebut akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejukbekukan terlebih dahulu.

Kemudian, stok darah tersebut akan disimpan di dalam peti nitrogen dengan suhu serendah -80 darjah Celcius selama 10 tahun.

“Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.

“You are the special one, sis!” tambah perkongsian itu lagi.

 

BACA JUGA :

Sultan Selangor tarik balik gelaran darjah kebesaran OC Phang

Setelah fatwa Android Box, mufti digesa jelaskan ‘fatwa’ untuk 5 situasi… No 5 tu win…

Varian baharu Covid-19 ditemui, dilapor kebal terhadap vaksin

Artikel ini disiarkan pada 27/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)