Wanita tak jadi putus hubungan bila teman lelaki ‘bank in’ 16 juta

Wanita

Wanita tak jadi putus hubungan bila teman lelaki ‘bank in’ 16 juta.Hasrat seorang wanita untuk memutuskan ikatan cinta berubah selepas teman lelakinya memasukkan duit bernilai 16 juta rupiah (RM4,687) ke dalam akaun banknya.

Lapor Suara.com, lelaki itu berkongsikan mesej perbualan dengan teman wanitanya dalam akaun TikTok.

Lelaki itu dilaporkan kekal tenang apabila teman wanitanya mahu menamatkan hubungan mereka.

Dia meminta teman wanitanya menunggu sebentar supaya dapat membuat keputusan mengenai hubungan mereka.

Wanita

Namun, sejurus selepas itu, lelaki itu memasukkan duit ke dalam akaun bank dan bertanyakan sama ada teman wanitanya masih marah kepada dirinya.

Akhirnya, wanita tersebut tidak jadi untuk berpisah dan terus menyatakan kesetiaan kepada lelaki itu.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/tak-jadi-putus-selepas-teman-lelaki-masukkan-16-juta-rupiah/

BACA: Setiausaha Agung Muda umum letak jawatan

COMMENTS

Wordpress (0)