Wanita kongsi petua mudah buat monyet terkinja-kinja lepas pegang bungkusan ini

Oleh GEMILANGDAILY

Netizen dikejutkan dengan tularnya sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki memberikan ais krim dipercayai dicampur bahan beracun kepada sekumpulan monyet.

Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial mengenai isu kehadiran monyet yang sering mengganggu kawasan kediaman.

Ramai menyuarakan rasa simpati terhadap haiwan tersebut, namun tidak kurang juga yang menyokong langkah kawalan populasi

Memandangkan monyet sering memusnahkan tanaman, menceroboh rumah, dan membahayakan keselamatan manusia.

Seorang pengguna media sosial, Roz Othman, turut berkongsi pengalaman serupa yang dihadapi oleh keluarganya.

Wanita kongsi petua mudah buat monyet terkinja-kinja lepas pegang bungkusan ini

Namun, masalah tersebut berjaya diselesaikan dengan menggunakan cara mudah yang didapati daripada sebuah kumpulan Facebook.

“Ibu mentua saya di kampung pernah didatangi sekumpulan besar monyet, hampir 30 ekor. Habis buah durian dan machang digugurkan. Tapi selepas cuba tip ini, semuanya selesai. Monyet tak datang lagi,” jelas Roz.

Beliau turut berkongsi langkah mudah untuk menangani masalah monyet yang sering menyerang kediaman.

Tip Halau Monyet dengan Bahan Mudah:

Bahan-bahan:

Enam paket ubat gegat (dihancurkan)

Enam keping belacan (dihancurkan dengan tangan)

250 gram tepung gandum

Cara-cara:

Campurkan kesemua bahan hingga sebati.

Bungkus campuran tersebut dalam plastik kecil atau kain nipis.

Gantungkan bungkusan di kawasan laluan monyet.

Roz turut menambah bahawa ada pengguna lain yang berkongsi kesan dramatik kaedah ini: “Cik nyet terkinja-kinja lepas pegang bungkusan tu!”

Netizen yang menghadapi masalah serupa digalakkan mencuba tip ini untuk melindungi kediaman mereka daripada serangan monyet. Di samping itu, penting juga untuk menangani isu ini dengan langkah yang tidak mendatangkan bahaya kepada haiwan atau manusia.

BACA: Setpol Anwar minta dedah butiran mesyuarat lembaga pengampunan bikin PN terkedu