Wanita kongsi pengalaman terkandas di Korea Selatan gara-gara ditipu Kim Seri

Oleh GEMILANGDAILY

Sebelum ini, Kim Seri telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji untuk berusaha memperbaiki segala kekurangan.

Terbaru, beberapa individu yang mengambil pakej pelancongan dengan influencer tersebut meluahkan rasa kecewa mereka

apabila tidak dapat pulang ke Malaysia dengan tiket penerbangan yang dijanjikan oleh Kim Seri.

Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok, shmnrn11, dia mendakwa menerima tiket penerbangan palsu daripada Kim Seri

kerana nama mereka tidak terdapat dalam sistem syarikat penerbangan.

Mangsa tersebut menyatakan bahawa mereka telah memeriksa dengan beberapa syarikat penerbangan berkenaan tiket yang diberikan oleh influencer itu, namun mendapati nama mereka tidak ada dalam senarai.

Wanita kongsi pengalaman terkandas di Korea Selatan gara-gara ditipu Kim Seri

“Mereka (Kim Seri) ada tempah tiket penerbangan pulang dengan AirAsia, tetapi bila kami semak, nombor tempahan memang ada, tetapi nama kami tidak ada.

Sekarang kami terkandas di sini dan dia tidak memberi wang kepada kami untuk membeli tiket pulang.

Bila ditanya… Allahu, Allahu Akbar… sudah dari pukul 4 pagi,” katanya.

Disebabkan respon yang kurang memuaskan daripada Kim Seri, wanita itu terpaksa membeli tiket penerbangan dengan bantuan orang lain.

“Kim Seri, tolong bertanggungjawab. Kau ambil duit kami banyak, kena bayar dua bulan sebelum, tak boleh lewat.

Aku lewat bayar seminggu saja sebab masalah bank, kau dah tanya kan? Baru tahu, ejen yang uruskan tempahan dah berhenti. Semua dah berhenti,” jelasnya.

Wanita itu juga mengingatkan mereka yang telah menempah pakej percutian dengan Kim Seri untuk membatalkan perancangan mereka jika tidak mahu mengalami nasib yang sama.

Selain wanita tersebut, beberapa individu lain juga berkongsi video mereka terkandas di Korea dan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli tiket penerbangan dan makanan.

Dalam situasi ini, diharap mereka yang teraniaya segera membuat laporan polis dan semoga urusan untuk mendapatkan semula wang yang diselewengkan dipermudahkan.

BACA; ‘Mula-mula dia tak mengaku..’ Kakak mangsa langgar lari Mercedes terbakar kongsi keadaan adik