Wanita kesal dihalau suami lepas mengandung, siap lafaz taklik talak kalau tak gugurkan

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Bertahun tunggu cahaya mata, bila sudah diberi rezeki boleh pula salahkan isteri dan gunakan kuasa suami untuk jatuhkan talak.

Kalau kahwin sebulan dua mungkinlah atas faktor tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawab tapi jika sudah sepuluh tahun kahwin maka peliklah.

Seorang Pengamal Undang Undang Syariah, Puan Hazwani Zainal berkongsi

kisah seorang wanita yang diugut talak jatuh sekiranya dia buat keputusan untuk lahirkan anak.

“Saya nak tanya berkenaan dengan lafaz talak, sebenarnya saya dah 10 tahun tunggu nak ada anak tapi bila saya mengandung, suami suruh gugurkan.

Wanita kesal dihalau suami lepas mengandung, siap lafaz taklik talak kalau tak gugurkan

“Masa suami lafazkan taklik tu, ia berlaku di hadapan mak mentua dan adik ipar saya. Mentua marah sangat dekat suami sebab dia lafazkan taklik dan minta gugurkan kandungan,” kongsi peguam tersebut dalam video di TikTok.

@puanhazwanizainalMAKLUMAT YANG PERLU DICATAT APABILA SUAMI LAFAZKAN CERAI LUAR MAHKAMAH Maklumat berkenaan lafaz cerai perlu dicatst dengan lengkap supaya apabila nak buat pengesahan di mahkamah kelak kita tak tertinggal fakta-fakta penting. #pengesahanlafazcerai #ceraiketikahamil #perceraian

♬ original sound – 𝑨𝒑𝒑𝒍𝒆95🦉🌈 – AL «͜͡𝙕𝒂𝒇𝒓𝒆𝒍

Usia kandungan yang baru masuk tiga bulan, wanita tersebut memaklumkan dia kini tinggal bersama mak mentua selepas dihalau suaminya.

“Saya tinggal dengan mak mentua sebab lepas kejadian tu, suami halau saya keluar dari rumah.

“Saya bertuah sangat sebab dapat mak mentua yang layan saya macam anak sendiri, kalau ada pemeriksaan di klinik pun memang sentiasa ditemani mak mentua,” jelas wanita itu.

Puan Hazwani kemudian menasihatkan wanita tersebut untuk mencatat lima perkara untuk menyenangkan urusan.

Lima perkara tersebut adalah:

Lafaz yang diucapkan oleh suami.

Keadaan suami semasa lafazkan taklik talak tersebut.

Tarikh dan masa suami lafaz

Tempat suami lafazkan taklik talak.

Siapa saksi yang mendengar dan melihat lafaz tersebut.

Baca juga:Siapa sangka 4 aksesori kereta ini mampu ragut nyawa, no.3 tu ramai pakai