Wanita ini sanggup tunggang motosikal tempuh perjalanan 300km jual sayur kampung

Seorang wanita menempuh perjalanan hampir 300 kilometer (km) dengan menunggang motosikal lebih empat jam

ke Kuala Lumpur semata-mata mahu berniaga sayuran kampung sejak pertengahan tahun lalu.

Siti Norol Salwani Ismail, 29, dari Changkat Jering, di sini memulakan perniagaan menjual sayuran kampung di ibu negara demi menyara seorang anaknya berusia 10 tahun ketika bergelar ibu tunggal.

Wanita ini sanggup tunggang motosikal tempuh perjalanan 300km jual sayur kampung

Dia yang baru melangsungkan perkahwinan kali kedua Jumaat lalu berkata, idea ‘gila’ berniaga sayur kampung di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, terlintas secara tiba-tiba selepas terbeli pucuk paku tua dan sayuran lain dengan harga mahal dan tidak segar ketika berada di sana tahun lalu.

“Selepas kejadian itu, terlintas di fikiran untuk cuba berkongsi dengan menjual hasil tanaman kampung segar dengan orang Kuala Lumpur memandangkan ia mudah di peroleh di Bukit Gantang dan Changkat Jering.

Baca Artikel Penuh