Wanita ini hanya makan salji selepas enam hari terperangkap dalam kereta

Wanita ini hanya makan salji selepas enam hari terperangkap dalam kereta. Seorang wanita di negeri California, Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap enam hari di dalam kereta akibat ribut salji bertahan dengan memakan salji dan enam pek yogurt, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Sheena Gullett, 52, terpaksa memakan bebola salji sebagai pengganti air bagi mengelak badannya mengalami dehidrasi sepanjang tempoh tersebut.

Gullett dan rakannya, Justin Honich terpisah apabila lelaki itu keluar mencari bantuan selepas bateri kereta mereka mati disebabkan salji tebal.

Wanita ini hanya makan salji selepas enam hari terperangkap dalam kereta

Ribut yang melanda kawasan itu menyebabkan Honich tidak dapat mengesan lokasi Gullett meskipun dia berjaya mendapatkan bantuan orang ramai.

“Saya tidak biasa dengan kawasan tersebut maka ia memakan masa untuk polis dan ambulans mencari lokasi di mana Gullett berada,” jelas Honich.

Phak berkuasa akhirnya dapat mengesan kedudukan Gullett selepas enam hari dan keadaan ribut salji yang semakin pulih.

Jabatan syerif dalam satu kenyataan akhbar berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan yang sangat trauma, namun tidak mengalami kecederaan fizikal. – Agensi

TONTON:

BACA:

Hampir semua pekerja Maybank dinaikkan gaji sebanyak 10%

Aina Abdul dikecam peminat, “Tiket konsert mahal dah macam level Tokti”

Wang RM61K lesap kena scam dengan ‘pegawai LHDN’, “baru nak beraya..”

CATEGORIES