Wanita hilang akhirnya ditemukan dalam perut ular sawa selepas 3 hari

Wanita hilang akhirnya ditemukan dalam perut ular sawa selepas 3 hari

Wanita hilang akhirnya ditemukan dalam perut ular sawa selepas 3 hari. Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh penduduk kampung ditemukan tidak bernyawa di dalam perut seekor ular sawa sepanjang enam meter di Tanjung Jabung Barat, Jambi.

Wanita itu yang dikenali sebagai Zahara, 52, dilaporkan hilang sejak kelmarin, menyebabkan penduduk setempat melakukan operasi pencarian di pelbagai kawasan termasuk hutan berhampiran.

Menurut seorang penduduk kampung, ketika operasi pencarian dilakukan, mereka menemukan seekor ular sawa yang ‘kekenyangan’ dan pada mulanya hanya menyangka haiwan itu mungkin menelan kambing.

“Kerana curiga dengan perut ular yang besar, penduduk kampung membelah ular sawa itu dan kami terkejut apabila menemukan Zahara.

“Kami tidak menyangka wanita itu hilang kerana ditelan ular sawa,” kata penduduk yang dikenali sebagai Birin.

Wanita hilang akhirnya ditemukan dalam perut ular sawa selepas 3 hari

Penduduk setempat memaklumkan, mangsa bekerja sebagai penoreh getah dan kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia keluar menoreh pada awal pagi.

Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan jenazah Zahara dikebumikan oleh keluarganya.

BACA:

Gadis Indonesia kagum pelik tengok banyak kereta sedan di Malaysia

Belum pun siap projek rumah ‘Hong Kong’ di Cheras, dah ada yang lelong RM470K

Aksi Tokti buat servis penapis air rumah ke rumah jadi perhatian

CATEGORIES