Wanita ditemui maut tanpa pakaian di kedai makan di Semenyih

Wanita ditemui maut tanpa pakaian di kedai makan di Semenyih. Wanita warga Indonesia dipercayai dibunuh dan ditemukan tanpa pakaian, hanya diselimuti kain dalam kejadian di kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, hari ini.

Dalam kejadian 7.33 pagi itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima maklumat awam melalui MERS 999 berhubung bau busuk dalam premis itu.

wanita

BACA JUGA : Kebenaran untuk rakyat ini tunai umrah masih belum dimuktamadkan – Menteri Agama

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata polis kemudian ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan mayat wanita warga Indonesia berusia awal 50-an.

Katanya, mangsa ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan diselimuti kain.

BACA JUGA : Kes harian kematian akibat Covid-19 masih tinggi, semalam catat 258 kes

“Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kali terakhir mangsa dilihat pada Sabtu lalu, ketika berniaga di kedai makan itu.

“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya menurut laporan Harian Metro.

BACA JUGA : Kepimpinan Umno sekarang tidak disenangi ramai, kata Ku Li

Zaid berkata, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diharap tampil membantu polis dengan menghubungi balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Faizal di talian 011 33319871,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/28/wanita-ditemui-tanpa-pakaian-dipercayai-dibunuh-di-kedai-makan/

COMMENTS

Wordpress (0)