Wanita dipaksa bogel selepas dituduh mencuri

Satu rakaman video menunjukkan empat wanita dibogelkan dan diarak di sepanjang jalan selepas didakwa mencuri daripada sebuah kedai di Pakistan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Kumpulan wanita itu dituduh mencuri di Faisalabad, dalam wilayah Punjab dan dikatakan telah diserang oleh penduduk tempatan.

Dalam video itu, keempat-empat wanita tersebut dilihat memasuki sebuah kedai ketika seorang pekerja berada di premis tersebut. Mereka dirakam mengambil beberapa barang dari rak kedai sama.

Wanita dipaksa bogel selepas dituduh mencuri

Empat orang wanita dibogelkan dan diarak di sebatang jalan selepas didapati mencuri dari sebuah kedai tempatan di Faisalabad, Pakistan.

Pekerja tersebut kemudiannya meninggalkan premis itu, manakala wanita-wanita terbabit turut beredar.

Dalam satu klip video lain, salah seorang daripada wanita tersebut dilihat menangis sambil membongkok di atas lantai dengan kamera difokuskan kepadanya.

Seorang lagi wanita diseret oleh tiga lelaki sebelum dicampakkan ke lantai berhampiran wanita pertama itu.

Sementara itu, wanita ketiga pula berbogel daripada paras pinggang ke bawah, manakala wanita keempat juga berbogel dan dipukul dengan senjata yang kelihatan seperti kayu.

Kesemua mereka dilaporkan ‘diarak’ di jalanan dalam keadaan bogel selama satu jam sebelum polis Punjab dimaklumkan tentang kejadian itu dan campur tangan.

Seramai lima individu ditahan dalam kejadian itu.

BACA JUGA : Panas !!! Netizen mula dedah identiti suspek kes buli di media sosial
Leka ‘mengurut’, 7 wanita tak sempat lari

CATEGORIES