Tidak dinafikan, ada wanita yang menerima layanan buruk daripada keluarga mentua hanya kerana tidak mempunyai anak.
Walaupun soal zuriat adalah ketentuan Tuhan, masih ada yang cenderung menyalahkan isteri
Dengan anggapan dia menjadi punca tiadanya penyambung keturunan.
Begitulah nasib yang dialami seorang wanita ini, sebagaimana dikongsikannya dalam sebuah grup Facebook.
“Saya dah berkahwin hampir 15 tahun, tapi kami tak dikurniakan zuriat.
“Seperti biasa, isu ini sering menjadi bahan cerita dalam kalangan keluarga suami,” luahnya.
Layanan Berbeza Mentua
Wanita tersebut, yang memilih untuk tidak mendedahkan identitinya, mengakui dirinya tidak pernah diperlakukan sama seperti menantu-menantu lain.
“Mentua tak pernah layan saya sebagaimana dia layan menantu lain.
“Saya sedar mungkin kerana saya seorang saja yang belum ada zuriat. Semua menantu lain anak mereka meriah,” katanya.
Namun keadaan berubah apabila ibu mentuanya semakin uzur dan tidak mampu menguruskan diri.
Isu siapa yang bertanggungjawab menjaga ibu mentua itu mula menjadi perdebatan dalam kalangan adik-beradik suami.
“Yang paling saya tak boleh terima, mentua nak tinggal dengan kami. Keluarga suami kata kami paling layak sebab tak ada anak, rumah senyap, dan tak ada gangguan.
“Sedangkan selama ini, mentua langsung tak pernah bermalam atau singgah di rumah kami. Katanya, ‘bukan ada cucu pun nak dilawat’.”
Wanita itu turut meluahkan kekesalannya kerana dia dan suaminya sama-sama bekerja, namun keluarga mentua tetap menyuruhnya berhenti kerja untuk menjaga rumah dan mentua.
Reaksi Warga Maya
Perkongsian wanita ini mengundang pelbagai komen daripada netizen, kebanyakannya menyarankan agar dia mempertahankan haknya dan tidak membenarkan dirinya ditindas.
“Kadang-kadang kena juga jadi tegas untuk pertahankan maruah dan mental kita. Jangan biar mereka pijak kepala.”
“Bukan tugas menantu perempuan untuk jaga mentua yang sakit, lebih-lebih lagi kalau mentua sebelum ini tak pernah hargai. Cari penjaga atau bawa ke rumah orang tua.”
“Jangan berhenti kerja. Kalau berhenti, awak akan lagi tertekan. Tanggungjawab menjaga ibu mentua itu milik anak-anaknya, bukan awak.”
Kisah ini menjadi pengajaran buat ramai, terutamanya dalam menjaga keseimbangan tanggungjawab keluarga tanpa membiarkan seseorang ditindas atau terbeban secara tidak adi
BACA: Tak sempat punca kad kredit Khairul Aming declined, disaksikan 31000 rakyat Malaysia