Wanita dikesan positif Covid-19 selepas disuntik vaksin

Wanita

Wanita dikesan positif Covid-19 selepas disuntik vaksin. Orang ramai yang hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin di Dewan Arena Bentong di sini semalam gempar apabila seorang daripada individu yang datang bagi mendapatkan suntikan vaksin didapati positif Covid-19.

Difahamkan wanita berkenaan hadir kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan berada di situ sehingga pukul 2.30 petang bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun, wanita berkenaan difahamkan mengalami batuk yang semakin teruk selepas menerima suntikan vaksin membuatkan pegawai kesihatan bertugas melakukan pemeriksaan seterusnya melakukan ujian calitan.

Sejurus mendapati ujian calitan adalah positif Covid-19, wanita berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital oleh sebuah ambulans.

Wanita

Wanita berkenaan yang dikatakan tinggal di Taman Harmoni di sini mengalami demam dan gejala batuk sejak seminggu lalu.

Difahamkan, kira-kira 1,200 orang hadir mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di Dewan Arena Bentong semalam dan program suntikan di dewan berkenaan diteruskan lagi hari ini.

Sementara itu Kosmo! tidak dapat mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian terbabit daripada Jabatan Kesihatan apabila Pengarah Kesihatan Pahang baharu dijadual mula bertugas esok.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/31/wanita-dikesan-positif-selepas-suntik-vaksin/

BACA: Gempar !!! Ismail Sabri cukup sokongan jadi PM interim?